(Video) Siap Ada Strategi, Aksi Burung Ni Bijak ‘Umpan’ Ikan Datang Kepadanya Sebelum Tertangkap

Biasanya kalau kita nak pancing ikan, mesti akan guna umpan macam cacing dan roti kan? Kalau nasib kita baik, sekejap je umpan tu dah kena makan.

Tapi pernah tak korang tengok haiwan pemangsa yang guna umpan untuk tangkap mangsanya? Lagi menarik, ia pun guna umpan macam kita guna iaitu roti.

Begitulah situasi ‘unik’ seekor burung yang dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama Rusna dalam satu kejadian baru-baru ini.

Berdasarkan video itu, terdapat individu membaling cebisan roti ke arah burung itu yang berada di gigi air, namun roti itu dikoyak dan dilontar ke arah air untuk mengumpan ikan.

Menariknya, burung tersebut mempunyai strategi tersendiri untuk mengumpan ikan itu datang lebih dekat kepadanya.

video :

@rusnatwship

Sumber:  TikTok Rusna/TW / siakap keli

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *