Raih Gaji RM540 Sehari, Lelaki Dedah Pengalaman Kerja Petik Ceri Di New Zealand

Pernahkah anda mendengar ramai rakyat Malaysia yang ‘hati kering’ terbang ke negara seperti Australia atau New Zealand untuk bekerja sebagai pemetik buah? Lebih mengejutkan, gaji harian yang ditawarkan bagi pekerjaan berkenaan boleh dikatakan sangat lumayan. Kata orang, kerja setahun sahaja sudah cukup memadai dan boleh pulang ke tanah air membawa sejumlah besar wang. Pengalaman sama sempat dikongsikan kembali oleh seorang pemuda ini di TikTok.

Kalau ada stamina kuat, boleh cuba kerja ni

Melalui penceritaan saudara Danish, pemetik buah di negara berkenaan akan mulakan kerja seawal jam 5.52 pagi manakala setiap bakul buah ceri yang berjaya dipetik akan dikira sebanyak RM18. Purata dalam sehari sahaja, ada yang mampu mendapat bayaran sekitar RM540. Tampak berbaloi dan menyoronokkan bagi orang yang mempunyai stamina kuat, suasana bekerja di sana adalah agak santai di dalam kawasan kebun.

@saudalgar Kalau ada stamina/will yg kuat, boleh cuba job ni 💪😄 #saudalgar #travel #newzealand #fruit #fruitpicking ♬ Taste – Tyga

Memang bos bagi pekerja makan…Cuma tak boleh bawa keluar kebun

Bukan itu sahaja, pekerja juga dibenarkan menjamah hasil buah dipetik oleh mereka. Namun syaratnya, majikan tidak membenarkan ceri berkenaan di bawa ke luar kawasan kebun. Ditanyakan cara untuk memohon kerja pula, Danish tidak mampu memberikan kepastian kerana Covid-19 masih belum berakhir.

Kawan saya nak kerja macam ni tapi kena scam…Sebelum ambil job kaji-kaji selidik dulu

Rata-rata netizen juga sangat tertarik dengan perkongsian berkenaan sehingga ada yang berminat untuk kerja di sana. Pun begitu, segelintirnya mengingatkan tentang kejadian penipuan yang berlaku dan akhirnya membuatkan pekerja terperangkap hingga terpaksa mendapatkan bantuan kedutaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *