(Video) Budak Sedih Lubang Atas Jalan Dah Dibaiki, Tak Dapat Main Lopak Air Macam Sebelumnya

Jalan berlubang adalah merupakan suatu yang paling dibenci oleh ramai pengguna jalan raya.

Manakan tidak, selain boleh merosakkan kenderaan, ianya juga boleh membawa kepada kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa.

Namun lain pula ceritanya dalam satu video yang tular di TikTok ini. Video itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @shlind.

Video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak yang gembira dengan kewujudan satu lubang di sebuah jalan.

Lubang tersebut telah memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak itu kerana dia difahamkan gemar dan teruja untuk bermain lubang berkenaan.

“Boleh lompat sekali lagi?” kata kanak-kanak tersebut kepada ibunya.

“Ye, lompatlah,” jawab ibunya.

Namun begitu, kegembiraan kanak-kanak tersebut bertukar menjadi kesedihan untuknya apabila lubang yang ditakungi air itu telah hilang kerana telah dibaiki semasa mereka pergi bercuti.

“Mereka telah baiki lopak kegemaran Charlotte semasa kami pergi bercuti,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Kanak-kanak itu kelihatan pelik dan menyatakan bahawa lubang itu telah hilang.

Menurut kapsyen dalam video tersebut, sebelum kanak-kanak itu mendapat tahu bahawa lubang itu telah tiada, dia sangat teruja dan sentiasa bercakap berkenaan dia tidak sabar untuk melompat ke dalam lubang itu semasa dalam perjalanan pulang mereka.

Kanak-kanak itu juga dilihat seakan sebak dan menggosok matanya apabila mendapat lubang itu telah tiada.

Video lucu dan comel itu lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 600 ribu kali.

@shlind they filled in Charlottes favourite puddle while we were on holiday #LifeOfAToddler #RaisingBilingual #ToddlerMum #MumLife #ChaChasGotThis ♬ Blue Blood – Heinz Kiessling & Various Artists

Sumber: @shlind

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *