Keluar Lepak Tapi Lupa Bawa Kunci, Lelaki Ini Tunjuk Cara Terbaik Untuk ‘Lepas’ Pagar

Apa yang korang akan buat kalau dah lewat malam baru balik rumah, tapi pintu pagar terkunci?

Biasalah, zaman muda mudi ni mesti seronok kalau kawan-kawan ajak lepak kan? Tambah pula, bila dah lama sangat tak jumpa. Tapi, boleh jadi kalau terlampau seronok lepak sampai lupa nak bawa kunci rumah. Lagi-lagi bila dah sampai rumah, semua ahli keluarga dah masuk tidur.

 

Memang gelabah lah jawabnya, dah la waktu malam pula tu, dah lewat satu hal…

Tetapi, ada satu video yang dikongsikan di TikTok baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai kerana lelaki dalam video itu telah menunjukkan satu cara yang terbaik untuk dilakukan kalau terkunci depan rumah.

Video:

@miraayaakob member sape lagi perangai macamni 😭🤣😭 #fyp #foryou ♬ Yamet Kudasi Cover – Deny

Mana taknya, melalui POV pemilik akaun TikTok itu, lelaki itu pada awalnya memeriksa terlebih dahulu sama ada pagar rumahnya berkunci ataupun tidak. Sebaik sahaja dapat tahu yang pintu pagarnya terkunci, lelaki itu terus melangkah dan masuk di celah pagarnya. Wow, hebatnya kamu!

“Mmg pagar tu khas untuk dia ke apa? Muat muat pulak tu ahahaha” – Netizen di bahagian komen

Komen Netizen:

Ada juga komen yang mengatakan bahawa dia seperti sudah biasa lakukan aks1 itu kerana dia dilihatkan tidak teragak-agak untuk masuk di celah-celah pagar itu. Lelaki itu juga bongkokkan badan seperti boleh mengagak ketinggian yang sesuai untuk dirinya.

Haa, korang yang lain jangan pula cuba-cuba buat macam ni kalau rasa tak boleh lepas tau… Bukan apa, risau tersangkut pula, satu hal lagi nak kena call bomba malam-malam bvta…

Sumber : Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *