Gelagat Lelaki Beri Laluan Pada Anjing Undang Ketawa, “Ni Kalau Terlepas…”

Setiap kali terserempak dengan anjing, pasti ada yang akan berasa takut dan gementar lagi-lagi jika anjing yang bersikap agresif. Sama macam situasi yang dikongsikan ini apabila sekumpulan lelaki dilihat begitu cuak apabila terpaksa memberikan laluan pada seekor anjing ini.

Bukan sahaja gementar malah reaksi mereka yang saling siap berhimpit dengan satu sama lain turut sama membuatkan netizen berdekah melihatnya. Situasi ini turut membuatkan ramai dapat relate dengan perasaan cuak yang dialami mereka ini.

@mrjambang431 Beri laluan abg kawasan nak lalu😂 #fypシ゚viral #kitabergabung #maintenancelif #johoreanboy❤️💙 ♬ bunyi asal – muhamad yusof ghazali

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan sekumpulan lelaki itu yang menyelit di satu sudut seolah-olah sedang mengelakkan diri dari sesuatu. Rupa-rupanya, kelihatan seekor anjing besar yang sedang didukung oleh pemiliknya yang ingin melalui kawasan yang sama.

Lebih melucukan, sekumpulan lelaki itu turut berhimpit di antara satu sama lain gara-gara bimbang sekiranya anjing itu terlepas di ruang yang sempit itu. Dalam masa yang sama, anjing itu kekal tenang sambil dibawa oleh pemiliknya.

lelaki

Sebaik sahaja pemiliknya melintas di hadapan mereka, masing-masing tidak dapat lari dari perasaan takut dan mula menjauhkan diri mereka. Sehinggalah anjing itu beredar bersama pemiliknya, barulah mereka akhirnya kelihatan lega dan turut sama berdekah.

Di ruangan komen, netizen turut dapat memahami perasaan yang dilalui sekumpulan lelaki ini. Malah ada juga netizen yang berseloroh tidak dapat membayangkan sekiranya anjing itu terlepas di kawasan yang sempit itu.

“Ni kalau terlepas auto boleh terbang tak terbang jadi spiderman.”

anjing

“Kena dukung okay kalau dia jejak lantai terus jadi spiderman member.”

sekumpulan lelaki

“Hahaha rasa nak tergelak tengok muka sorang-sorang.”

komen

“Kalau aku pun takut weyy.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *