Lelaki Kejut Kucing Tidur Di Motor, Reaksi Mereka Pula Undang Ketawa

Kucing memang selalunya suka tidur di mana-mana sahaja dan tidak kisah sekiranya tempat tersebut adalah milik mereka mahupun tidak. Sama macam gelagat dua ekor kucing ini yang dilihat dengan selambanya tidur di motor kepunyaan lelaki ini.

Apa yang menarik perhatian ialah reaksi mereka yang kembali menyambung tidur sewaktu dikejutkan oleh lelaki tersebut. Reaksi mereka ini turut mencuit hati netizen di mana video tersebut juga meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini.

@sulukongsi Semoga Sentiasa dimurahkan rezeki ya semua 😊🥰 #eyzbcafyp #fypシ #foryou #lovecat ♬ original sound – Frank ✅

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat menuju ke motorsikalnya di mana kelihatan dua ekor kucing yang sedang nyenyak tidur di situ. Lelaki itu kemudiannya mengejutkan kucing tersebut memandangkan dia perlu keluar dan menggunakan motor tersebut.

Sebaik sahaja dikejutkan, kucing tersebut hanya memandangnya dengan reaksi yang selamba dan langsung tidak takut atau melarikan diri. Lebih melucukan, mereka juga kembali menyambung tidur semula seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku.

motor

Malah lelaki itu juga turut sama berdekah melihat reaksi selamba dari kucing itu yang masih memilih untuk tidur di situ. Melihatkan gayanya mengejutkan kucing itu, netizen turut berseloroh gayanya itu seolah-olah sedang mengejutkan rakan sendiri yang tengah tidur.

Di ruangan komen, reaksi selamba dari kucing itu turut menghiburkan netizen yang menonton. Malah ada yang berseloroh meminta lelaki itu membeli motor yang baru sahaja memandangkan motornya itu telah menjadi hak mereka.

“Dah macam gerak member masuk kelas.”

kucing

“Sambung tidur balik yang tak tahan tu…”

lelaki

“Bawak je sekali haha susah betul nak bangun tu.”

komen

“Benda boleh tidur buat apa nak bangun.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *