[VIDEO] Suami Tunaikan Hajat Isteri Meng4ndung Mengidam Nak Sepak Bola, “Nasib Baik Tak Ngidam Lambo…”

Kalau bercakap tentang wanita mengandung, tentunya tak dapat lari dari rasa mengidam yang ada kalanya pelik dan berada di luar jangkaan. Sama macam gelagat wanita yang sedang sarat mengandung ini apabila dia mengidam untuk menyepak bola di padang.

Walaupun sedang sarat mengandung, ianya tidak menghalang wanita itu merealisasikan impiannya itu. Malah rata-rata netizen turut terhibur melihatkan gayanya yang begitu bersungguh-sungguh menyepak bola dalam keadaan yang sarat mengandung.

Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu dia sudah lama mengidam untuk menyepak bola di padang. Sehinggakan dia turut termimpi-mimpi mengenainya sebelum akhirnya berjaya melepaskan hajatnya itu sambil ditemani si suami.

Turut dapat dilihat, wanita itu berada di sebuah padang dan bersedia untuk menyepak bola. Dalam masa yang sama, si suami turut memberikan sokongannya dan siap bersorak untuknya bagi memberikan semangat.

bola

Wanita itu akhirnya berjaya menyepak bola seperti yang diidamkan sekaligus melepaskan rasa mengidam yang dialaminya selama ini. Melihatkan kesungguhannya itu, ramai pula yang turut berasa terhibur dengan gelagatnya yang berjaya menyepak bola di situ.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berkongsikan pengalaman mengidam mereka yang juga pelik dan sama seperti wanita ini. Selain daripada mengidam makanan, ramai juga yang turut mengidam mahu bersukan dan melakukan aktiviti pelik yang lain.

“Weh dekah gelak dengar suami dia sorak…”

mengidam

“Adoi lain macam ngidam nya ni…”

mengandung

“Aku pulak yang ghisau perut dia.”

komen

“Mujur bola, ghisau kalau nak sepak bapaknya.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.