Joey Berlakon Jadi Awie, “Walaupun Sengau Tetap Sedap Nyanyi”

Nama Joey Daud bukanlah baru dalam industri hiburan tanah air. Memulakan kariernya pada tahun 1994 lagi, Joey cukup berbakat dalam lakonan, melawak dan juga menyanyi. Suara nyanyiannya boleh tahan merdu juga.

Bagaimanapun, satu rakaman pendek yang memaparkan kemunculan Joey Daud dalam sebuah rancangan ini telah membuatkan ramai tertawa. Dalam rakaman tersebut kelihatan Joey berlakon jadi Awie dan kemunculannya itu membuatkan rakan artis di situ turut terkesima.

Manakan tidak, Joey sempat menyanyikan sebuah lagu Awie dengan gayanya yang lucu serta penampilannya lengkap dengan berambut palsu. Berikut adalah rakaman Joey berlakon jadi Awie yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun naim_official29 ini:

@naim_official29 awie copy Ori🤣#joeydaud #rumahno107 #awie #tragedioktober #lawak #komedi #fyp ♬ original sound – MRX NAEM

Memang buat hal betul Joey hadir dengan lagak dan gaya seperti Awie ini! Apa-apa pun perkongsian rakaman pendek ini telah meraih lebih 17 ribu likes dan 375 ribu tontonan. Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Tak pernah mengecewakan. Terbaik la”

Joey Berlakon Jadi Awie 4

“Hahaha antara pelawak, pelakon dan penyanyi idola aku..Hahaha”

Joey Berlakon Jadi Awie 3

“Aduihhh..Tengah dok pikir masalah buka2 TikTok keluar pulak Awie clone ni dok awww aww siak betul”

Joey Berlakon Jadi Awie 2

“Joey ni nyanyi sedap serius sedap tapi dia nyanyi main main”

Joey Berlakon Jadi Awie 1

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.