“Sorry Semalam Resdung” – Pengantin Cantik Viral ‘Terdampar’ Tidur Atas Pelamin

Bukan sekadar mahu menjadi tumpuan utama tetamu yang hadir, hakikatnya pengantin sering tak senang duduk di majlis perkahwinan sendiri. Mana tidaknya, daripada makeup, jurugambar, baju sampai ke makanan catering pun tetap difikirkan selagi jemputan belum habis datang. Nampak senyuman di wajah, namun keresahan di hati hanya tuan badan sahaja yang tahu. Sama seperti mempelai di bawah ini, siapa menduga videonya sempat tular di laman TikTok

Pengantin tidur…Korang kenal tak siapa ni?

Hasil perkongsian akaun saudari @Kecik Anjee, dapat disaksikan pengantin perempuan yang mesra digelar Yien ini sempat terlelap saat berada di atas pelamin persandingan. Dengan mengenakan busana merah nan indah beserta solekan yang masih melekat di wajah, kecantikannya tetap jelas kelihatan meskipun dalam posisi ‘terdampar’ sambil ditemani suami di sebelah.

@kecikanjeePengantin tido😂😂 ada yg kenal x sape ni🤣🤣

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Sorry semalam saya kena resdung tak boleh cover dah

Hasil tinjauan komen yang dibalas oleh Yien, dia mengkui ketika itu sudah tidak tahan lagi sehingga tertidur gara-gara sedang mengalami resdung. Sejak dikongsikan semalam, rakaman tersebut hampir melepasi 200 ribu jumlah tontonan.

Dia punya lawa macam Zila Bakarin masa zaman muda

Dalam pada itu, ramai pula netizen yang merasa terhibur dan beranggapan mungkin Yien kepenatan seharian kerana melayan tetamu. Tidak ketinggalan juga yang memuji wajah cantik wanita berkenaan persis dengan aktres menawan Zila Bakarin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *