Terkejut Dengar Muzik Kuat Dari Pesta Kahwin, Lebih 60 Ekor Ayam Dilapor M4ti Terkena Sera4ngan J4ntung

Panik dengan muzik kuat yang dimainkan dalam perarakan perkahwinan, 63 ekor ayam dilaporkan m4ti disyaki terkena ser4ngan j4ntung di sebuah ladang ayam di daerah Balasore, India pada malam Ahad. Insiden aneh itu terbongkar selepas pemilik ladang, Ranjit Kumar Parida membuat aduan kepada balai polis Nilagiri pada Selasa.

Dalam aduannya, Parida menyatakan bahawa perarakan yang lengkap dengan pancaragam serta DJ telah melalui hadapan ladangnya di Kampung Kandagarandi kira-kira jam 11.40 malam Ahad sambil memainkan muzik yang sangat kuat.

“Saya telah meminta kumpulan yang memainkan muzik itu untuk memperlahankan bunyi kerana terlalu bising dan men4kutkan ayam-ayam saya. Waalau bagaimanapun, salah seorang daripada rakan pengantin lelaki itu telah bertindak mem4rahi saya dan mengarahkan supaya pancaragam tersebut menambahkan kekuatan muzik.

“Mereka dengan sengajanya telah berhenti di hadapan ladang ayam saya kira-kira 15 minit dan memainkan muzik secara kuat,” menurut aduan Parida. Apabila perarakan itu beransur melepasi kawasan tersebut, Parida terkejut selepas melihat banyak ayam yang tidak sedarkan diri di ladangnya.

Pada pagi Isnin, Parida telah menghubungi beberapa pakar veterinar, yang melawat ladangnya dan memberitahunya bahawa ayam-ayam itu ati akibat s3rangan j4ntung dan bukan kerana menghidapi sebarang peny4kit lain.

“Terdapat kira-kira 2,000 ekor ayam di ladang saya. Setiap daripada 63 ekor ayam yang m4ti dianggarkan seberat 3kg. Saya mengalami kerugian sekitar Rs 25,000. Ayam yang m4ti masih terbaring di ladang kerana p0lis meminta saya untuk tidak membuangnya sehingga siasatan t4mat,” kata Parida.

P0lis menyatakan bahawa perkara itu sedang disi4sat. “Balai p0lis Nilagiri telah menerima aduan berhubung perkara ini. Dakwaan telah disahkan,” kata ketua polis (Balasore) Sudhanshu Mishra. Seorang pegawai p0lis Nilagiri berkata bahawa mereka telah meminta pengantin lelaki atau mana-mana daripada ahli keluarganya untuk hadir ke balai polis pada Rabu bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Pihak polis juga telah mendapatkan bantuan pakar veterinar di Balasore untuk memastikan punca kem4tian ayam berkenaan.

“Ayam boleh m4ti akibat ser4ngan j4ntung selepas terdedah kepada bunyi yang sangat kuat selama beberapa minit. Haiwan dan burung t4kut dengan muzik yang kuat serta bunyi l3tupan bunga api yang kuat,” kata Siba Prasad Das, doktor veterinar.

Sumber: Times of India via siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published.