Isteri Ikut Pergi Kerja Makan Dalam Kereta Je, Cara Suami Jawab Kecaman Dipuji

Dalam keadaan ekonomi agak tidak memberangsangkan kini, tugas mencari mata pencarian wajar diberikan sama rata kepada suami dan isteri. Walau bagaimanapun, segelintir lelaki tidak kisah perlu bekerja seorang kerana menyedari cari nafkah adalah tugas hakiki mereka dalam perkahwinan.

Ikut laki pergi kerja…Perangai dari zaman bercinta sampai dah mengandung

Tular sebuah rakaman di akaun TikTok @ihatesnuha._ selepas dia memuat naik video sedang asyik makan di dalam kereta. Sebaik sahaja dia memusingkan kamera, rupanya-rupanya wanita itu ikut suaminya pergi bekerja. Menurut Nuha, perkara tersebut sudah pun menjadi kebiasaan baginya sejak dari zaman bercinta dahulu.

@ihatesnuha._Perangai dari zaman bercinta sampai dh mengandung🐥

♬ Caught A Vibe – Lancesavali

Antara komen yang buat saya emosi….Awak tak duduk di tempat saya atau suami saya

Melihat Nuha seperti bersenang-lenang di dalam kereta berkenaan, seorang lelaki telah mempersoalkannya mengapa tidak pergi kerja mencari duit bersama. Tidak lama selepas itu, suami wanita ini memberi respon mengatakan bahawa kerja mencari nafkah ialah tugasnya tambah pula si isteri sedang mengandung sekarang.

@ihatesnuha._ Reply to @mr.lancau95 ♬ original sound TikTok User

pun macam ni ikut suami pi outsation…Dia seronok ada kawan teman dia pergi kerja

Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan telah meraih 1.8 juta jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap suami yang bertanggungjawab itu. Rupanya ada juga wanita lain yang suka menemani pasangannya pergi ke kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.