“Spot” Viral Lihat Kapal Terbang Di KLIA Kini Ditutup

BARU-BARU ini tular di media sosial “spot” ambil gambar kapal terbang berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan boleh dikatakan kawasan tersebut dengan kehadiran pengunjung. Mana tidaknya, ramai tidak mahu terlepas peluang untuk bergambar bersama kapal terbang yang mahu mendarat.

Lantaran orang ramai mula membanjiri tempat tersebut selepas viral, tular pula video kawasan itu kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airports. Menurut perkongsian oleh pengguna Facebook Are Peace, kawasan viral itu ditutup atas faktor keselamatan dan juga sampah. Video tempat itu ditutup ada diakhir artikel ini.

Menurutnya, hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka. Akan tetapi, viewing deck masih dibuka dan anda yang mahu melihat kapal terbang boleh ke sana kerana tempat lebih selamat.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih kerana ‘spot’ tersebut telah ditutup sebelum sempat mereka berkunjung. Malah, ada juga netizen yang menzahirkan rasa marah kepada pengunjung lokasi itu kerana membuang sampah merata-rata tempat.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen mengatakan bagus juga kawasan tersebut ditutup kerana ada pengunjung yang letak kenderaan di bahu jalan yang merbahayakan pengguna jalanraya lain. Adakah anda sempat berkunjung ke sini?

Update terkini dari Facebook Are Peace

“Berkenaan post abg smlm, tempat viral tengok kapal terbang dekat KLIA tu. Ramai yg pm abg cakap abg sampaikan maklumat palsu. Okey abg nak bagi tahu, tempat yg tutup tu adalah tempat viral seperti dalam video tu sahaja. Kalau sapa2 yang pernah pegi akan tahu. Sebab dekat area situ ada dua tiga tmpat yg jadi tumpuan org ramai so tmpt yg di dalam video tu sahaja yg di tutup, bukan jalan utama nak ke lokasi tu yang tutup. Laluan ke lokasi tu masih boleh digunakan. Atas faktor sampah dan keselamatan tu sbb kawasan dalam video tu ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airport.”

“Petang tadi masih ramai yang datang dan paking kereta di bahu2 jalan utama untuk tengak kapal. Amat2 sangat bahaya terutama yg bawa anak2 kecil. Ni abg share gbr lokasi viral yang telah ditutup tu. harap dapat memberi penjelasan yg jelas untuk semua.”

Rakaman yang tular

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.