Percutian Bertukar Duka, Remaja 16 Tahun Ajal Kerana Terkejut Masuk Rumah Hantu

Saban hari kita mendengar berita kematian yang tragis. Asbab kematian itu pula berbeza-beza, tanpa mengira latar belakang dan usia. Baru-baru ini, kita juga dikejutkan dengan pemergian seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selepas masuk ke sebuah rumah hantu di Pahang.

Kejadian heart attack di rumah hantu…jasad remaja 16 tahun diuruskan hingga liang lahad

Menerusi Facebook pengerusi dan sukarelawan UKVJ dikenali sebagai Mr Wan Cai, Allahyarham Mohammad Suhairil dikatakan tiba-tiba rebah sewaktu berada di sana. Hasil laporan mendapati dia mengalami heart attack dipercayai akibat terkejut pada 1 Disember lalu. Jasad remaja tersebut diuruskan oleh pihaknya, termasuklah dibawa balik ke kampung halaman di Melaka bagi proses pengebumian.

Adik Suhairil masih bersekolah & dikatakan rajin bantu ibu bapa mencari rezeki

Menurut Mr Wan Cai, Allahyarham Mohammad Suhairil disifatkan sebagai seorang budak yang baik serta rajin bantu ibu bapanya menjual nasi lemak sebagai pendapatan utama keluarga. Terdahulu, anak kelima daripada enam beradik itu mengikut keluarga rakan baiknya untuk bercuti di Pahang selama 3 hari 2 malam yang awalnya berjalan tanpa sebarang masalah.

Percutian bertukar duka…semoga keluarga reda dengan pemergiannya

Namun percutian terus bertukar menjadi detik duka sewaktu mereka masuk ke rumah hantu di sana. Allahyarham kemudiannya dibawa ke sebuah klinik berdekatan, namun dia disahkan telah menghembus nafasnya yang terakhir. Selesai urusan pengebumian pada semalam, Mr Wan Cai turut berharap agar seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian remaja tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.