“Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa” Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal

UMUM ramai mengetahui salah satu faktor utama kemalangan berlaku di negara ini disebabkan pengguna jalan raya sering kali melanggar lampu isyarat merah. Baru-baru ini tular satu rakaman video dashcam yang telah mengundang perbualan orang ramai.

Seorang pemandu Myvi tidak bernasib baik apabila keretanya dilanggar motosikal semasa dia sedang membelok masuk ke simpang kanan jalan. Pada waktu itu, lampu isyarat di laluannya menunjukkan warna hijau. Video diakhir artikel ini.

Video kemalangan tersebut membuatkan orang ramai berasa sangat simpati terhadap pemandu Myvi itu kerana beberapa saat sebelum dia dilanggar, sebuah kereta Proton Saga dan Exora telah melanggar lampu isyarat merah. Namun kedua-dua kereta tersebut ‘selamat’ sahaja membelok masuk simpang.

Impak pertembungan tersebut telah menyebabkan kereta Myvi itu berpusing arah melanggar lampu isyarat yang berada di jalan bertentangan. Manakala penunggang motosikal itu pula terpelanting beberapa meter ke hadapan selepas gagal mengelak ketika melanggar lampu isyarat merah di laluannya.

Ramai yang menyamakan insiden tersebut seperti satu refleksi kehidupan di Malaysia. Orang yang melakukan kesalahan selalunya terlepas, manakala orang yang selalu melakukan kebaikkan pula yang dihukum.

Ada netizen mendakwa kawasan Jalan Tun Lim Chong Eu simpang ke Macallum itu merupakan ‘lokasi kegemaran’ pengguna jalan raya melanggar lampu merah, cuma kadang-kala nasib tidak baik akan ada kemalangan berlaku di situ.

Semoga rakaman dashcam ini dapat memberikan iktibar kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi lampu isyarat merah agar dapat menghindari kemalangan yang boleh dielakkan sejak awal-awal lagi.

Reaksi beberapa wargamaya

Rakaman yang tular

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.