“Susahnya Diorang Nak Bahagia”, Pintu Automatik Dengan Pelekat Jadi ‘Bahan’!

Dalam hidup ini memang pelbagai cara boleh untuk menghiburkan hati. Jika dikelilingi dengan orang yang suka buat lawak memang rasa tidak sunyi. Apatah lagi jika mereka ini cukup kreatif dan gemar mengusik rakan-rakan lain.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna TikTok dengan nama akaun linlonlun berkongsikan satu rakaman yang membuatkan ramai terhibur menyaksikannya. Dalam rakaman tersebut, si perakam memaparkan pintu automatik di tempat awam.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah sticker dengan bentuk dua orang lelaki dan perempuan dilekatkan di pintu automatik tersebut. Apabila pintu itu terbuka sticker pasangan ini terpisah. Malah kapsyen pemilik video yang berbunyi, “susahnya diorang nak bahagia” membuatkan ianya lebih kelakar.

Berikut adalah rakaman pintu automatik dengan pelekat jadi ‘bahan’ warganet ini:

@linlonlunkesian diorang asyik kena kacau dengan orang ketiga 🥲

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Perkongsian rakaman pintu automatik dengan pelekat ini telah meraih lebih 595 ribu tontonan dan 70 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan perkongsian ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Orang tukang tampal benda tu pun satu jugak. Aku syak dia single. Tak boleh tengok orang bahagia”

Pintu Automatik Dengan Pelekat 4

“Di sebalik senyuman mereka terselit sebuah penderitaan”

Pintu Automatik Dengan Pelekat 3

“Benda camni pun aku boleh terhibur penat aku haha”

Pintu Automatik Dengan Pelekat 2

“Banyaknya dugaan mereka. Tabah ya kena kuat untuk bertahan”

Pintu Automatik Dengan Pelekat 1

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.