Budak Kecil Usik Kambing, Akhirnya Diusik Semula Undang Ketawa

Kanak-kanak biasanya sangat naif dan mudah terhibur di mana ada banyak perkara yang boleh menghiburkan hati mereka. Macam gelagat seorang budak kecil ini yang mudah terhibur ketika mengusik seekor kambing yang dijumpainya baru-baru ini.

Namun lain pula yang berlaku pada akhirnya apabila dia pula yang menjadi mangsa usikan kambing itu. Malah reaksinya selepas itu yang hampir menangis turut membuatkan netizen terhibur melihatnya.

video:

@afqqlhAlahai 🤣♬ bunyi asal – zamey.hakim_ – simp4you

Di dalam video yang dikongsikan ini, kanak-kanak lelaki itu dilihat sedang mengusik kambing di dalam kandang itu dengan berpura-pura memberikan makanan kepadanya. Namun sebenarnya, tiada apa-apa makanan yang berada di tangannya.

Dia kemudiannya turut kelihatan gembira apabila kambing itu seperti tertipu dengan lakonannya itu. Tetapi tidak lama kemudian, kambing itu mula membalas semula dengan mengembek secara kuat sekaligus mengejutkan kanak-kanak itu.

kandang kambing

Lebih melucukan, kanak-kanak itu yang terkejut dengannya kemudian mula memberikan reaksi wajah takut dan bergegas ke arah ibunya. Malah dia juga kelihatan seperti menyesal apabila akhirnya dia pula yang menjadi mangsa.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat kesudahan nasib kanak-kanak tersebut. Ada juga yang berseloroh mungkin juga kambing itu sengaja mahu bergurau semula dengan kanak-kanak itu pada akhirnya.

“Terkejut member hahaha.”

kambing

“Awak dah sakat dia. Dia sakat awak balik.”

kanak-kanak

“Tanjat boboi.”

komen

“Kambing tu gelak sekali.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.