Lelaki Buat Hal Merajuk Tak Dapat Beli Mainan, “Kau Memang Rare…”

Memang ada kalanya kita tidak dapat menahan diri dari membeli barangan yang mungkin tidak diperlukan semata-mata untuk memuaskan nafsu membeli belah. Sama juga macam situasi yang dikongsikan ini apabila lelaki ini sampaikan merajuk ketika dia tidak dapat membeli mainan yang diidamkan.

Bukan sahaja merajuk malah lelaki itu juga siap terbaring di lantai pusat membeli belah ini sama seperti kanak-kanak yang merajuk. Video tersebut juga tular dikongsikan sehinggakan ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

video:

@syahmiraa_ Reply to @izzuddinzudin ♬ original sound – syahmira – Syahmira

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang dilihat sedang terbaring di lantai semasa mereka sedang sibuk membeli barang. Turut kelihatan, sebuah kotak mainan yang dipegang oleh lelaki itu semasa dirakamkan.

Menurut pemilik video, lelaki itu mahu membeli mainan tersebut namun tiada sesiapa yang mahu melayan kerenahnya itu. Oleh itu, lelaki itu kemudian mula membuat hal dengan merajuk dan terbaring di situ untuk menarik perhatiannya.

lelaki terbaring

Lebih melucukan, lelaki itu juga kemudian beberapa kali memandang kotak mainan yang dipegangnya itu sama seperti gelagat seorang kanak-kanak. Melihatkan situasi yang dialaminya ini, ramai juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama dengan pasangan mereka.

Di ruangan komen, netizen turut berdekah melihat cubaan lelaki itu membuat hal semata-mata untuk membeli mainan. Malah ada yang terhibur melihatkan gayanya yang terbaring di situ yang tentunya menarik perhatian orang lain.

“Mangsa dilanggar troli menggelupur kesakitan.”

mainan

“Kau memang rare lah bang.”

lelaki

“Kesimpulannya kalau nak beli mainan, jangan kahwin dulu.”

komen

“Confirm cctv kat situ tonton jugak.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.