“Masha Allah, Belum Lahir Lagi Dah Merasa Tempat-tempat Indah” – Neelofa Lawat Kilang Percetakan Al-Quran Kedua Terbesar Dunia.

Sudah terang lagi ber$uluh, begitulah juga mengena1 cerita keham1lan $elebriti bern1qab terkenal Neelofa.

Rata-rata peminatnya teruja dan mendoakan agar bayi dalam kandungan isteri Harris Ismail itu sentiasa sihat.

Menyorot perkongsian terkini di Instagram, Neelofa yang turut mewakili Pertubuhan Kasih Neelofa dilihat baru sahaja selesai melawat Nasyrul Quran, iaitu kilang percetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia.

Menariknya, kilang yang serba cantik berkenaan terletak di Malaysia, iaitu di Putrajaya. Pada ruangan kapsyen, Neelofa melahirkan rasa kagum terhadap sesi lawatannya itu dan berharap apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua.

“Pertubuhan Kasih Neelofa berkesempatan melawat Nasyrul Quran, Putrajaya iaitu kilang mencetak Al-Quran kedua terbesar di dunia.

“Masya-Allah, rasa satu kesempatan yang sangat berharga bagi kami untuk dikongsikan kepada semua,” katanya sambil berkongsi rakaman video ketika dia berada di sana.

 

Menerusi ruangan komen, ramai yang terkejut kerana rupanya ada kilang percetakan besar rupa-rupaya ada terletak di negara Malaysia.

Malah ada yang mendoakan agar Neelofa sentiasa dikurniakan kesihatan yg berpanjangan dirahmati dan dilindungi dgn kasih sayang Allah Swt walau dimana saja berada.
Sumber: IG Neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published.