Budak Terl4nggar Anak Ayam, Mer4yu Pihak Hospital Sel4matkannya Dengan wang simpanan 50 sen

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun merayu agar kakitangan hospital menyel4matkan anak ayam yang dil4nggarnya dengan basikal secara tidak sengaja, viral di media sosial, lapor Daily Mail. Derek C Lalchhanhima, dari Sairang, Mizoram, India, dirakam memegang b4ngkai anak ayam di tangan dan wang kertas 10 rupee (RM0.56).

Menurut rakan kepada keluarga kanak-kanak itu, Derek tidak memahami bahawa anak ayam itu telah m4ti dan dia merayu agar ibu bapanya membawa haiwan itu ke hospital. Tiba di hospital, Derek membawa b4ngkai anak ayam itu berjumpa doktor dan situasi itu sempat dirakam oleh seorang jururawat hospital berkenaan sebelum dimuat naik di media sosial dan viral di seluruh dunia.

Pihak sekolahnya yang kagum dengan sikap Derek, memberikan anugerah khas kepadanya di atas kemuliaannya itu. Rakan kepada keluarga itu, Sanga Says, memuat naik gambar Derek di Facebook selepas bapa Derek, Dhiraj Chhetri, seorang pegawai polis menunjukkan dan menceritakan kepadanya mengenai perkara itu.

“Saya ketawa dan menangis dalam masa yang sama. Menurut bapa dia, Derek pulang ke rumah dengan anak ayam milik jiran yang telah m4ti di tangannya. Dia tidak faham yang anak ayam itu telah m4ti dan merayu agar ibu bapa dia membawanya ke hospital.

“Bapa dia suruh pergi ke hospital sendiri di mana Derek benar-benar berbuat demikian dengan wang yang ada, 10 rupee,” katanya.

Selepas kakitangan hospital memberitahu anak ayam itu telah m4ti dan tidak dapat diselamatkan, Derek pulang ke rumah sambil menangis. Tetapi Derek mahu membawa bangkai anak ayam itu ke hospital sekali lagi dan kali ini dengan 100 rupee di tangannya.

“Ibu bapa dia terpaksa menjelaskan kepada dia bahawa anak ayam itu sudah m4ti dan tiada apa yang dapat dilakukan oleh pihak hospital,” kata Sanga.

Sumber:thenota3.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.