“Terbukti Kuali Jenama X” – Tengah Live Masak Untuk Pelanggan, Sekali Kuali Pula Terpatah

Operasi kedai makan kini sudah pun dibenarkan, dengan syarat anda mestilah lengkap dua dos vaksin sebelum masuk

Ramai yang tidak melepaskan peluang itu kerana rindu untuk makan di luar tidak kira bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Pasti yang paling rindu adalah mengunjungi kedai makan kegemaran kan? Lepas rasa mengidam itu.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pekerja kedai terpaksa menahan malu selepas aksi memasaknya bertukar menjadi lain.

Lihat video penuh itu di bawah:

@chicken_royaleTengah live pulak tu 🤣🤣 ##MakanLokal ##fypシ ##fyp ##foryourpage ##MYFoodie ##FoodLover ##chickenroyale ##klfoodie ##viral ##cheese

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Kuali boleh pula terpatah masa tengah masak untuk pelanggan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menunjukkan aksi memasaknya di depan sebuah keluarga.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah kuali yang dipegangnya tiba-tiba terpatah menyebabkan ia terjatuh atas lantai.

Situasi itu membuatkan pelanggan yang merakamnya itu terkejut dan lelaki berkenaan terpaksa berhenti untuk mengemasnya.

“Member taubat dah freestyle depan orang ramai” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen memberikan pelbagai reaksi dan pendapat mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 624K views, 40.7K likes dan 1,785 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti dia dah malu teruk, boleh pula terpatah tu 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *