“Ramai Nak Rasa”- Jualan ‘Laksa Bah’ Air Tangan Bella Astillah Laku Kera$.

Bertuahnya insan yang bernama Aliff Aziz kerana dapat memperisterikan Bella Astillah. Bukan sahaja cantik, malah pandai berdikari.

Menariknya, walau sudah bergelar ibu kepada 2 anak namun susuk tubuh Bella tetap ramping menawan.

Bahkan, wanita berusia 27 tahun tersebut turut mendedahkan di Instagram miliknya yang dia masih mampu menyarung persalinan yang pernah dipakai sejak berumur 13 tahun lagi!

Tahun lalu, Bella mula mempromosikan jualan laksa air tangannya yang diberi nama Laksa Boh. Sambutan yang diterima nyata menggalakkan sampai ada yang sanggup beratur panjang.

Kongsi Bella, “Syukur alhamdulillah, Laksa Bah is back! Bella happy sebab selama ni buat kat rumah, now orang dah boleh datang Masok Food Court Kg Baru untuk makan Laksa Bah. Bella decide untuk buka sebab bayangkan Bella masak di rumah untuk 200-300 mangkuk. That’s why terfikir untuk mudahkan peminat-peminat tegar laksa, Bella buka food court lagi senang!

Terima kasih yang tak terhingga buat suami, mama dan keluarga yang bertungkus-lumus tolong Bella untuk kedai laksa ni! I love you all so much. And tak lupa yang beli laksa dari dulu lagi masa kat Havoc.”

Untuk rekod, Bella lahir pada 15 Mac 1994 di Sandakan, Sabah ini sah bergelar isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz pada 9 Disember 2016.

Sumber  : IG Bella Astillah

Leave a Reply

Your email address will not be published.