Video) Tular Rakaman Lori Tangki Ambil ‘Jalan Pintas’, Guna Lorong Kecemasan Di Port Dickson, Ini Amaran Tegas PDRM

Semalam, sempat tular rakaman video pendek dilaman sosial Facebook yang menunjukkan sebuah lori tanker memotong barisan kenderaan menggunakan lorong kecemasan.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Port Dickson Supritendan Aidi Sham Mohamed, kejadian dipercayai berlaku semasa jalan sesak di KM 27 – KM 28 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) dari arah Seremban ke Port Dickson, 11 Disember lalu antara jam 2 hingga 4 petang. Kes disiasat bawah Sekyen 279 KK/ Kaedah 53(1) Kaedah-kaedah Lalulintas 1959.

Pihak polis telah mengesan sebuah lori tanker yang nombor pendaftarannya didaftarkan atas sebuah syarikat pengangkutan beralamat di Bukit Raja, Shah Alam. Tambah Aidi Sham, pihaknya menyeru agar pemandu atau pemilik kenderaan berkenaan hadir ke Balai Trafik Port Dickson untuk siasatan lanjut.

“Pihak Polis juga tidak berkompromi pada mana-mana pemandu atau penunggang yang mengambil ‘jalan pintas’ dan berlagak sebagai ‘raja’ di lebuh raya bagi menjamin keselamatan pengguna yang lain.

“Pihak Polis menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya mengamalkan etika pemanduan yang baik , mematuhi peraturan lalulintas serta mengamalkan sikap toleransi atas jalan raya supaya tidak mendatangkan kesulitan pada pihak lain,” jelas Aidi Sham dalam kenyataannya hari ini.

Sumber: Polis Daerah Port Dickson

Leave a Reply

Your email address will not be published.