“Amboi Perangai” – Budak Lelaki Curi Makan Lauk Ibu Bawah Tudung Saji Undang Tawa Netizen

Memilik anak kecil di rumah pasti sesuatu perkara yang menggembirakan bagi para ibu bapa

Iyalah, anak-anak kecil di rumah sudah tentu menjadikan suasana rumah itu riang dan riuh. Kadangkala telatah mereka yang panjang akal memang membuatkan ibu bapa rasa geram.

Sama seperti video yang tular ini di TikTok apabila gelagat seorang budak lelaki kantoi makan di bawah tudung saji telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@emiribrahim07Perangaiii 🤣🤣 ##CapCut ##tiktok ##tiktokmalaysia ##masukberanda ##berandatiktok ##fyp

♬ Oh No (Instrumental) – Kreepa

Pandai ‘curi makan’ sambal sotong ibu bawah tudung saji

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang duduk atas kerusi yang berada di ruangan dapur.

Apa yang lebih melucukan adalah dia dilihat memasukkan kepalanya ke dalam tudung saji dan mengambil lauk yang dimasak ibunya.

Si ibu juga sempat merakam gelagatnya yang lucu itu sambil mencedok kuah sambal sotong lalu memasukkan ke dalam mulutnya.

“Dia ingat dah selamat dah tu” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 206K tontonan, 3K tanda suka dan 300 komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat nakal si kecil itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

sumber : says

Leave a Reply

Your email address will not be published.