“Baiknya.. Macam Beri Duit Belanja Pada Anak-anak”- Sempat Hulur Duit Untuk Fr0ntliners, Tokti Dipuji.

Siapa yang tidak kenal dengan Penyanyi No 1 Negara, Dato Sri Siti Nurhaliza. Sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak berusia 16 tahun, namanya juga begitu besar dan dikenali baik di dalam mahupun luar negara, namun orangnya begitu humble dan ‘low profile’.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tokti baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila seorang petugas wanita @cikjan_88 berkongsi satu video di TikTok memaparkan Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti melakukan ‘drive-thru’ ujian saringan COVID-19 dipercayai di sebuah fasiliti kesihatan.

Video Player
Selepas membayar caj ujian saringan, pelantun lagu Wajah Kekasih itu dilihat sempat memberikan lebihan wang ringgit untuk dibelanjakan oleh mereka yang bertugas.
“Betapa rendah dirinya seorang Siti Nurhaliza. Setiap kali datang mesti belanja kakitangan yang bertugas. Terima kasih Mak Iti,” tulis @cikjan_88.

Sementara itu, wanita berkenaan mengakui teruja apabila dapat bertemu dengan Tok Tik apatah lagi dia adalah salah seorang peminat di bawah ‘Siti Zoners’ namun jarang mempunyai masa bagi menyertai acara selebriti tersebut.

Video Player

Meninjau ke ruangan komen, video pertama itu menerima hampir 395,000 tontonan dan dipenuhi reaksi positif warganet yang memuji kebaikan penyanyi no 1 negara itu selain mendoakan agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki.

Komen Netizen:

“Mcm mak2 bg duit blanja kat anak2.. Suka tgoknya.. Hehe😂😂😂”

“Comel jer sebut goreng pisang”

“In real jmpa dato ct mmg in love sgt.no fake🥰 mmg baik dan lembut orgnya.tme dia single lg dh jumpa”

“Alhamdulillah… semoga dimurahkan rezeki Datuk Siti Nurhaliza.”

Sumber: TikTok @cikjan_88

Leave a Reply

Your email address will not be published.