“Tak Mau Kalah”- Anak Baru Kasi Cucu, Selang 2 Bulan Abah Balas Balik, Hadiahkan Adik Kembar.

Perasan tak, sejak akhir-akhir ini makin ramai penduduk Malaysia yang memilih untuk berkahwin awal. Malah ramai pelajar universiti yang sudah memegang status sebagai isteri orang.

Satu lagi kelebihan kahwin muda ialah anda akan mendapat anak dengan awal. Oleh itu, jarak umur di antara anda dan anak tidak akan terlalu jauh. Nanti bila anak dah besar, orang mungkin akan menyangka anda berdua adik-beradik, bukannya anak-beranak. Beranak awal membolehkan anda settle down dengan lebih awal. Takdelah nanti umur dah 40, baru nak hantar anak ke tadika. Sempat tak anda hidup untuk melihat anak anda berkahwin dan menimang cucu?

Siapa sangka walaupun sudah berkahwin dan bergelar ibu kepada 2 cahaya mata, wanita ini masih dikurniakan rezeki menimang adik baharu. Dengar macam mustahil, tapi itulah yang berlaku dalam hidup insan bertuah ini.

Menerusi sebuah video, pengguna TikTok yang dikenali sebagai Fatin ini dedahkan baru sahaja menghadirkan seorang cucu lelaki buat ibu bapanya sekitar bulan April lalu. Terdahulu, dia juga dikurniakan anak sulung perempuan hasil perkahwinan bersama suami tercinta.

[VIDEO] Baru Kasi Cucu, Selang 2 Bulan Abah ‘Balas’ Hadiahkan Adik Kembar Pula

Video:

Video Player

Namun tanpa disangka-sangka, selang 2 bulan kemudian bapanya pula ‘hadiahkan’ Fatin adik baru. Paling mencuri tumpuan, ibu bapanya malah menimang sepasang anak kembar lelaki sekali gus sebaya dengan cucu terbaru mereka. Perkongsian yang jarang-jarang berlaki tersebut nyata menjadi tular di aplikasi TikTok, dengan meraih hampir 800 ribu views setakat ini.

@fatinrawkk

ABAH LAWAN ANAK GAISS🤣 #KembarSeiras #Twin #2021 #VideoViral #Fyp

♬ Oh No – Kreepa

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sememangnya kagum dengan rezeki cahaya mata yang diperolehi keluarga Fatin tersebut. Dalam pada itu, segelintir mereka malah berkongsi pengalaman membesar serta duduk sekelas dengan anak buah masing-masing juga.

Komen Netizen:

Panggil adik, tiga-tiga pusing.

[VIDEO] Baru Kasi Cucu, Selang 2 Bulan Abah ‘Balas’ Hadiahkan Adik Kembar Pula

[VIDEO] Baru Kasi Cucu, Selang 2 Bulan Abah ‘Balas’ Hadiahkan Adik Kembar Pula

[VIDEO] Baru Kasi Cucu, Selang 2 Bulan Abah ‘Balas’ Hadiahkan Adik Kembar Pula

[VIDEO] Baru Kasi Cucu, Selang 2 Bulan Abah ‘Balas’ Hadiahkan Adik Kembar Pula

 

Kredit :Erin Sakura via TikTok fatinrawkk

Leave a Reply

Your email address will not be published.