“Welcome Back”- Setahun Menetap Di Australia, Dayah Bakar Kembali Ke Tanah Air Bersama Kapten.

Perjuangan pesonaliti televisyen, Dayah Bakar apabila terpaksa berjauhan dengan suami sepanjang proses kehamilan dan juga ketika melahirkan anak sulung mereka kerap kali menjadi perhatian peminat.

 

Suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang bertugas di Australia tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandem1k C0vid-19 yang melanda dunia hingga menyebabkan sempadan negara ditutup.

Susulan daripada itu, Dayah dan anak kecilnya, Achbar Muhammad Fahri telah mengambil keputusan untuk terbang ke Australia awal bulan ini untuk berada bersama suami tercinta.

Kembali Ke Tanah Air

Selepas setahun menetap di Canberra, Australia bersama suami, Kapten Muhammad Hanif dan anak lelaki, Achbar Muhammad Fahri, bekas pengacara program bual bicara Borak Kopitiam, Dayah Bakar kembali ke tanah air.

 

Muat naik sebuah rakaman video di Instagram (IG), Dayah akui berasa sedih untuk meninggalkan bumi Canberra yang menjadi saksi pertemuannya dengan suami selepas berpisah disebabkan tuntutan kerja.

Bagaimanapun, kata Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, sudah tiba masanya dia aktif mengacara semula.

Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah . Lagi-lagi, bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.

Sejujurnya, saya sedih untuk pergi, tetapi pada masa yang sama, saya tidak sabar untuk bertemu keluarga saya di rumah. Saya juga tahu sudah tiba masanya untuk kembali aktif menjadi hos.

Saya berdoa agar kita semua akan bertemu semula suatu hari nanti, saya percaya kita akan. Alhamdulillah, selamat sampai semuanya. Kembali ke tanah tumpahnya darahku, Malaysia.

 

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat teruja dengan kepulangan Dayah bersama keluarga kecilnya. Namun, tidak dapat dipastikan berapa lama Kapten Hanif akan berada di Malaysia.

  

Komen netizen:

Welcome home dayah! 😍

Terdahulu, Dayah mengikut suami berpindah ke Australia pada Januari lalu. Dayah dan Kapten Hanif mendirikan rumah tangga pada 2018 dikurniakan cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram @dayahbakar

Leave a Reply

Your email address will not be published.