“Suami Ri$au, Isteri Demam Dah 3 Hari Tak Kebah”- Dapat Hadiah Iphone Terus Senyum Lebar.

Isteri merupakan jantung rumahtangga…

Uniknya seorang isteri ini ialah, moodnya mampu mempengaruhi suasana dlm sesebuah rumahtangga…jika moodnya baik, maka tenang dan amanlah rumahtangga tersebut…jika moodnya kurang baik, maka porak peranda dan pana$lah rumahtangga tersebut…

Jika isteri $akit atau tiada dirumah, suasana rumah tu rasanya berbeza…seolah-olah tak lengkap, sunyi, hilang seseorang yg selalu melakukan sesuatu, seseorang yg kebiasaannya mundar mandir depan tv, menjerit2 dari dapur, menghidangkan makanan, membersihkan mainan dan sebagainya…

Tidak sanggup melihat situasi seperti itu berterusan, seorang suami cuba menggembirakan hati isterinya dengan menghadiahkan sebuah iPhone dipercayai model terbaharu selepas wanita itu dikatakan kurang sihat.

Menerusi aplikasi TikTok, wanita itu Syahamimi Shahri terharu dengan tindakan suaminya dikenali sebagai Salman Adnan yang berusaha untuk kembalikan ‘mood’ cerianya dengan memberikan kejutan berkenaan.

Wanita berusia 25 tahun itu berkongsi semula video dirakam suaminya sehingga meraih lebih setengah juta tontonan dalam kalangan warganet.

Selepas menerima hadiah tersebut, Syahamimi yang juga seorang ‘influencer’ di media sosial dilihat terus tersenyum gembira sekali gus menghargai pemberian suaminya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata berseloroh dengan mengatakan mereka sudah mengetahui cara untuk merawat demam dengan cepat selain menyifatkan wanita itu bertuah memiliki suami yang prihatin.

@syahamimiezira

Join this trend with my one and only🤍 #fyp #foryou

♬ Simple Dimple – ||all american tick tokers||

Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet yang membuat sindiran dengan mendakwa kononnya semua itu hanya lakonan semata-mata.

Sumber: TikTok @syahamimiezira

Leave a Reply

Your email address will not be published.