“Tak Dapat Tahan Kemarahan” – Baru Nak Ambil Gambar Air, Sekali Lain Pula Endingnya

Memiliki anak kecil sedikit sebanyak akan menceriakan suasana dalam rumah

Rumah akan bertambah meriah dengan adanya gelak tawa dan tangisan mereka. Namun, bukan setiap masa anak kecil akan mempunyai mood yang baik, kadangkala kalau datang tantrum mereka, memang habis satu rumah.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang budak mengusik ayahnya yang sedang bergambar telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

 

@nadinersmn##fyp ##fypシ ##WinnerWinnerMoment♬ Ngakak Muka Manyun (Voice Mix) – shaniamelia

Tak sempat nak ambil gambar, anak dah celup tangan dalam air

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang menjamu selera di sebuah kedai coklat Molten.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila si ayah dilihat mengambil gambar air yang dipesan itu. Namun tidak lama kemudian, anaknya dengan selamba merosakkan kraf lukisan yang berada di atas air coklat itu dengan mencelupkan tangannya.

Perkara itu menyebabkan ayahnya tidak sempat bergambar. Malah, insiden tersebut sempat dirakam oleh ibunya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@nadinersmnReply to @emboknazzura Hasil Dari Baba Saef 😱😱 ##fyp ##WinnerWinnerMoment ##foodie

♬ You Can Do It – !!!

“Benda terpantas di dunia, order air lain ya bang” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.1M tontonan, 86K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat insiden itu. Malah, ramai juga yang memberikan reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

sumber : says

Leave a Reply

Your email address will not be published.