Wanita Yang Berkahwin Dengan Pokok Kongsikan Yang Mereka Masih Bahagia Setelah 3 Tahun Jadi ‘Suami’ Isteri

Seorang wanita dilaporkan mengahwini sebatang pokok dalam salah satu upacara ‘bark-ing’ dan dia menyatakan bahawa cinta dia dan ‘suaminya’ itu masih teguh walaupun selepas bersama selama tiga tahun, memetik laporan Daily Star.

Menurut laporan, wanita yang berusia 37 tahun dan menetap di Merseyside, England itu telah berkahwin dengan pokok itu pada tahun 2019.

Wanita itu turut menegaskan bahawa walaupun perkahwinan mereka sudah memasuki usia tiga tahun, cinta dia dan suaminya itu masih teguh dan semakin kukuh menjelang sambutan Krismas pada bulan ini.

Kate Cunningham malah telah menukar nama keluarganya kepada Elder apabila dia berkahwin dengan pasangan sejiwa kayunya itu pada tahun 2019.

“Orang ramai selalu bertanya sama ada perkahwinan ini berjaya mengubah kehidupannya menjadi lebih baik, dan jawapannya Ya, sudah semestinya!” kata Kate.

“Adakah saya masih mencintai pokok itu? Jawapanya adalah Ya, saya mencintainya.” jawab Kate sekali lagi.

Kate merupakan seorang bekas guru dan dia selalu melawat ‘suaminya’ sehingga lima kali dalam tempoh seminggu. Dia juga turut menghiasi suaminya dengan dekorasi sempena sambutan Krismas.

“Ini merupakan sambutan Krismas ketiga untuk kami, dan saya rasa ianya seperti satu tradisi untuk saya menghiasi suami saya.” tegas Kate.

“Saya sangat tertarik dengan pokok ini terutamanya sewaktu sinaran matahari pada bulan Disember.” kata Kate.

Walau bagaimanapun, Kate mengatakan dia berlaku curang terhadap suami pokoknya itu. Hal ini dikatakan demikian kerana dia mempunyai seorang teman lelaki yang juga seorang manusia.

Sumber: Daily Star

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published.