(Video) Ada Suara Ramai Minta Tolong Dipercayai Mangsa Banjir Terperangkap Di Taman Seri Muda, Shah Alam

Seperti yang kita tahu, beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia kini sedang terjejas bencana banjir yang serius termasuk kawasan Lembah Klang.

Hari ini, sempat beredar khabar mengatakan masih ramai mangsa yang terkandas dan belum menerima bantuan. Malah beberapa jam lalu, sempat tular di media sosial video berlatar hitam yang hanya terdengar suara orang meminta tolong, dipercayai dirakam di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Terpanggil menghulurkan bantuan, aktivis Heliza Helmi turut turun padang bersama MAPIM untuk cuba memasuki kawasan Taman Sri Muda. Dalam salah sebuah rakaman video yang dimuatnaik Heliza di laman Instagram miliknya, dapat dilihat beberapa kenderaan termasuk lori treler ditenggelami banjir di kawasan tersebut.

Menurut update terkini di laman Instagram Heliza, kawasan Taman Sri Muda kini berada dalam keadaan getir. Bantuan di lokaliti berkenaan dikatakan berdepan jalan sukar ditambah pula dengan masalah komunikasi dan keadaan gelap ekoran bekalan elektrik yang terputus.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Heliza Helmi

Leave a Reply

Your email address will not be published.