Pelakon popular Taiwan men1nggal dunia, wasiatkan RM300,000 dan perhiasan emas kepada pembantu rumah Indonesia

NAMA pelakon Taiwan Chen Sung-Young menjadi sebutan setelah dilaporkan men1nggal dunia pada 17 Disember lalu.

Selain khabar kemati4nnya, pelakon berusia 80 tahun itu turut memberikan sebanyak 2 juta TWD (RM302,000) kepada pengasuhnya, Yule yang berasal dari Indonesia..

Chen mengembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taoyuan Chang-Gung Memorial setelah bertahun-tahun melaw4n komplikasi daripada pelbagai peny4kit.

Aktor berasal dari Taiwan ini memulakan kerjayanya pada 1970 dengan membintangi pelbagai drama dan filem popular selama beberapa dekad termasuk lakonannya bersama Jet Li dalam filem Hong Kong Fong Sai-yuk.

Dia memenangi penghargaan untuk drama sejarah Taiwan berjudul ‘A City of Sadness’ yang diarahkan oleh Hou Hsiao-hsien pada 1989.

Chen memilih untuk bersara daripada bidang lakonan kerana keadaan kesihatannya yang semakin mero.sot pada 2000 dan kemudiannya mengal4mi str.ok pada 2006.

Bagaimanapun, Chen memilih untuk tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak.

Namun dalam beberapa tahun terakhir, dia sangat rapat dengan Yule dan sudah menganggap wanita itu sebagai anak sendiri.

Sebelum men1nggal dunia, Chen berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Yule kerana dia telah menjaganya dengan baik selama ini.

Chen berbuat demikian supaya pengasuhnya dapat membeli tanah dan membina perniagaan apabila dia pulang ke Indonesia.

Dalam pada itu, Chen juga pernah memberikan sejumlah perhiasan emas bernilai 1.2 juta TWD (RM180,000) kepada Yule. TAIWAN NEWS

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.