Sempoi 3 beranak kerja guard… pelajar UiTM “nak rasa apa yang abah rasa”, dah ‘keb4l’ kena m4ki tapi kalau bapa tegvr terus emo!

BEKERJA bersama keluarga pastinya membangkitkan suasana yang berlainan daripada kebiasaan.

Seperti seorang g4dis ini, mencari rezeki bersama kedua-dua ibu bapanya dilihat begitu menyeronokkan.

Perwatakan ceria tiga beranak ini yang bertugas sebagai pengawal keselamatan meraih perhatian.

Aina (kiri) bersama ibu (tengah) dan bapa di tempat kerja.

Nur Fiza Aina Zabri berkata, dia berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat pemberian v4ks1n (PPV) C0vldl9 di Petaling Jaya, Selangor, sejak tiga bulan lalu.

G4dis berusia 20 tahun itu memberitahu, dia kini bertugas di tempat itu bersama bapanya berusia 63 tahun yang berpengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan sejak 2019.

“Saya baru je kerja guard. Abah (panggilan bapa) lebih lama setelah bersara sebagai kerani. Mak pula baru menceburkan diri berkhidmat sebagai guard.

“Saya dan ayah bekerja secara tetap, manakala mak jadi buffer (pengawal gantian) bagi menggantikan seorang guard warga Nepal yang bercuti.

“Secara kebetulan, mak ditempatkan bersama saya dan abah di hari pertama mak bertugas jadi guard. Itu yang nampak meriah dalam pondok pengawal,” katanya kepada mStar.

Video:

Lebih mesra disapa Aina, katanya, dia mahu mencari pengalaman sebagai pengawal keselamatan sebagaimana yang dilakukan oleh bapanya.

“Saya tahu segelintir orang kata guard adalah kerja pilihan terakhir, tapi saya sendiri nak kerja jadi guard untuk cari pengalaman. Nak rasa apa yang abah saya rasa.

“Cab4rannya bukan setakat berpanas, tapi juga berdepan dengan orang luar selain persepsi dipandang rendah hanya kerana kerja guard,” ujarnya yang menetap di Klang, Selangor.

Hubungan rapat tiga beranak.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, tiada masalah baginya bekerja sambil belajar dengan menguruskan masa untuk sesi terbuka dan jarak jauh (ODL).

“Saya masih mengikuti kelas online dan melakukan tugasan di rumah selepas balik kerja. Yang penting kena mengimbangkan masa kerja dan belajar,” ujarnya yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu.

Mengakui dirinya sens1tif dan mudah tersentuh, namun g4dis ini berjiwa kental ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengawal keselamatan.

“Kena m4rah dan m4ki dengan orang luar tu perkara biasa. Lebih-lebih lagi dengan mereka yang tak sabar atau enggan beri kerjasama.

Segelintir orang kata guard adalah kerja pilihan terakhir, tapi saya sendiri nak kerja jadi guard untuk cari pengalaman

NUR FIZA AINA ZABRI

“Saya okay apabila berhadapan dengan orang luar, dalam kerja kena tegas. Saya bercita-cita nak jadi polis… nak jadi polis ni j1wa kena kent4l.

“Tapi saya sebenarnya h4ti tisu kalau dengan keluarga terutama dengan abah. Bila bekerja dengan abah, kadang-kadang kami tak sependapat. Saya pula masih muda ada juga keras kepala, jadi bila kena tegvr tu rasa nak men4ngis,” katanya yang suka menyanyi dan mengagumi bakat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Rossa.

Aina mahu menimba pengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Aina bagaimanapun menyifatkan ketegasan bapanya sebagai lumrah dalam mendidik anak-anak selain komited dalam menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan.

“Di tempat kerja abah memang tegas dan g4rang, tapi dia sebenarnya seorang selamba dan suka berlawak. Mak juga sempoi, seorang yang happy-go-lucky.

“Jadi memang tak bosan kalau kerja berpanas dengan mak dan abah yang sekepala. Kerja pun rasa seronok,” katanya.

Komen netizen:

Sumber: Mstar Via Sinar Viral Network

Leave a Reply

Your email address will not be published.