(Video) Bayi Baru Lahir Dikerumuni Kerengga Ditemui Dalam Hutan, Dipercayai Dibuang

Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui hidup-hidup di dalam hutan dengan cacing dan serangga sudah ‘merayap’ di sekeliling badannya, memetik laporan The Mirror.

Menurut laporan, apabila bayi tersebut dijumpai oleh orang kampung, pada wajahnya sudah kelihatan kesan lebam dan calar gara-gara serangga yang menyerang bayi tersebut. Malah bayi itu juga dipercayai sudah dua hari berada di hutan itu.

Ketika bayi itu dijumpai, dia berada dalam keadaan tidak berbaju dan hanya dibaluti dengan daun pisang

Orang kampung yang menjumpai bayi itu, cuba mengelap muka dan badannya dengan menggunakan daun dan memastikan bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah laporan, bayi itu mula menangis apabila dia diselamatkan oleh orang kampung. Mereka kemudiannya membaringkan bayi itu di atas tanah ketika menunggu polis dan ambulans tiba.

Apabila paramedik tiba, bayi itu dibaluti dengan selimut dan diletakkan di ata pengusung ambulans sebelum dia dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan.

Bayi tersebut dikatakan mengalami dehidrasi dan dia telah dirawat. Bayi kecil itu dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan walaupun sudah dua malam berada di hutan.

Walaupun bayi itu berada di dalam hutan pada suhu panas terik 35 darjah selsius, dia masih terselamat.

Pihak polis sedang mencari ibu kepada bayi itu tetapi adalah sukar untuk mereka mengesan semula jejak ibu kepada bayi itu.

“Gadis kecil yang baru lahir ini mempunyai cacing dan serangga yang merayap di atas badannya.” kata Kolonel Polis Prasit Yodthong, Daily Mail melalui The Mirror.

“Kami sedang menjejaki ibu bayi yang baru lahir itu. Dia akan didakwa. Bayi itu boleh mati.” katanya lagi.

”Kami berpendapat bahawa bayi itu telah ditinggalkan di luar selama sekurang-kurangnya dua hari namun dia masih terselamat walaupun berada di sana.” tambah Kolonel Polis Prasit.

Kini, pihak polis dilaporkan sedang menemu bual orang ramai dalam usaha untuk mencari seorang wanita yang baru hamil dan baru melahirkan.

Bayi yang baru lahir itu dibawa ke hospital Khao Phanom di mana kesihatannya akan dipantau,

Pihak berkuasa di Thailand kemudiannya akan memindahkannya ke pentadbiran wilayah Krabi apabila dia telah pulih.

Kemungkinan dia kemudiannya akan ditempatkan di kawasan jagaan di mana anak-anak yatim dijaga.

Pemain Video
Sumber: The Mirror
Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published.