Kemunculan Sekumpulan Gajah Di Belakang Lori, “Nak Tumpang Kot…”

Haiwan liar seperti gajah sering kali berkeliaran di kawasan yang dihuni oleh manusia untuk mencari makanan dan sebagainya. Sama macam gelagat sekumpulan gajah ini yang menarik perhatian ramai apabila muncul di belakang sebuah lori ini.

Situasi mendebarkan itu turut tular dikongsikan sehingga ianya hampir meraih sejuta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama rasa berdebar dan takut melihat reaksi mereka yang berdiam diri sambil memerhatikan sekumpulan gajah itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan sekumpulan gajah yang berada di belakang lori ini semasa dirakamkan. Malah turut dapat dilihat, mereka berada begitu hampir dengan lori tersebut sambil yang lain cuba menyembunyikan diri mereka

Lebih melucukan, turut kelihatan gelagat seorang lelaki yang gigih merakamkan sekumpulan gajah itu walaupun terpaksa menyorokkan dirinya. Mereka kemudiannya meminta yang lain mendiamkan diri sebelum bersedia meninggalkan kawasan itu.

gajah

Sebaik sahaja lori itu beredar dari situ, barulah yang lain mula bersuara dan meluahkan rasa lega. Ada juga yang menganggap sekumpulan gajah itu menunjukkan reaksi sensitif memandangkan ada anak gajah di dalam kumpulan itu.

Di ruangan komen, kemunculan sekumpulan gajah ini turut menarik perhatian netizen. Malah ada yang turut berasa lega apabila tiada perkara buruk yang berlaku memandangkan situasi ini dilihat agak bahaya.

“Patutlah dia garang, sebab ada anak dia.”

sekumpulan gajah

“Yang tu nak rakam takut-takut.”

lori

“Nak tumpang kot bang.”

komen

“Hahaha dah jalan baru nak jerit.”

tik tok

Sumber : HCL

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published.