Koleksi Video Maya Karin Dulu Hingga Sekarang, “Muka Tak Berubah Pun”

Maya Karin, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Memiliki bakat sebagai seorang model, pelakon dan juga menyanyi, gadis berdarah kacukan ini juga cukup sinonim dengan watak pontianak dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna TikTok dengan nama akaun niyya_edit telah memuat naik satu koleksi video Maya Karin dulu hingga sekarang. Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Maya Karin berlakon pada usia 25 tahun ketika 2004. Diikuti setiap tahun dengan babak lakonan yang berbeza seiring dengan peningkatan usianya.

Di penghujung video kelihatan Maya Karin paling terkini, 2021 di usia 42 tahun. Memang tidak nampak apa yang berubah langsung pelakon jelita ini! Berikut adalah koleksi video Maya Karin dulu hingga sekarang yang dikongsikan ini:

@niyya_editSorry guys,tk jumpa laa movie dia yg 2001-2003😂😂and the quality..haish😅#mayakarin #malaysia #fyp

♬ ONCE again – Niya💦

Cantik betul! Dari dulu sampai sekarang memang tiada apa yang berubah. Apa-apa pun perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 440 ribu tontonan dan 51 ribu likes. Rata-rata warganet turut ada yang tidak sangka dengan usia pelakon ini bila melihatkan Maya Karin masih sama seperti dulu. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Satu-satunya ‘pontianak’ kat Malaysia yang I suka..No one can beat her”

Maya Karin dulu dan sekarang 4

“Aku tak tahu kenapa tengok dia suka teringat Song Ji Hyo. Tak seiras pun tapi vide diorang tu”

Maya Karin dulu dan sekarang 3

“Lahhh muda setahun daripada mak aku. Aku ingat 34 tahun macam tu tapi Maya Karin ni lawaaa”

Maya Karin dulu dan sekarang 2

“Lama tak nampak berlakon lagi. Suka sangat kalau dia berlakon manis orangnya”

Maya Karin dulu dan sekarang 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.