“Mama rasa ni adalah takdir kita berdua…” Dah tutup mata sedia hadap ajaI, Ibu ini buka cerita sebenar detlk2 mlm kejadlan

UmpamaNyawa di hujung tanduk, itu dapat digambarkan dengan situasi seorang wanita yang berdepan detikCemas apabila terprangkap di dalam rumahnya akibat banjlr di Taman Karak Indah, Karak, Pahang pada Sabtu lalu.

Berkongsi tragedi hltam itu dengan program Malaysia Hari Ini, mngsa Suriyati Abdul Mokhtar berkata lebih memilukan apabila dia hampir lemas bersama anak perempuannya yang baru berusia enam bulan.

Menurut wanita berusia 34 tahun itu berkata, air banjir melimpah masuk ke dalam rumahnya sehingga mencecah paras leher sekali gus sedaya upaya memikirkan cara bagi menyelamatkanNyawa anaknya.

“Air masuk perlahan-lahan melalui lubang pintu dan tingkap. Ya Allah, hati berdengup laju. Saya ambil box (kotak simpanan barang), letak anak dalam tu,” katanya.

Tlada sebarang bantuan tiba ketika itu, apatah lagi suaminya Mursyidul ‘Azim Mazlan jauh bekerja di Terengganu, malah hanya mampu menghantar pesanan suara memohon ampun dan maaf kepada ahli keluarga.

“Tolong, tolong ya Allah. Air makin tinggi. Ya Allah, tolong selamatkan anak saya je, yang lain saya tak fikir. Minta ampun bang, ampunkan mama. Takde orang selamatkan mama bang,” itu antara bait-bait ‘wasiat’ ditinggalkan Suriyati.

Tambahnya, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas hampir empat jam menjunjung kotak plastik berkenaan selain hilang kata-kata apabila melihat bayinya yang kesejukan dan kelaparan.

“Dik (anak), adik tutup mata. Mama pun tutup mata. Mama rasa ni adalah takdir kita berdua, dah memang takde orang selamatkan kita. Abah takde, orang lain pun takde. Anak peluk saya erat, tutup mata,” ujarnya.

Bagaimanapun tanpa diduga, takdir masih menyebelahi wanita tersebut apabila dua anggota bomba tiba untuk menyelamatkan dua beranak terbabit seolah-olah diberi peluang kedua untuk bernafas.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.