Orang Lain Tidur Kepenatan, Gelagat Kucing ‘Join’ Sekali Undang Ketawa

Baru-baru ini, beberapa kawasan di Malaysia teruk dilanda banjir menyaksikan kemusnahan banyak kediaman malah ada yang turut terkandas di rumah masing-masing. Macam yang dikongsikan gadis ini tentang gelagat adik-adiknya yang tertidur kepenatan selepas rumah mereka dinaiki air banjir.

Di sebalik perkongsiannya ini, ada sesuatu yang menarik perhatian iaitu gelagat seekor kucing yang turut sama tidur di situ seperti kepenatan. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

@yonxyTak sangka aku ada adik berbulu #DaruratBanjir #shahalambanjir #banjir2021

♬ suara asli – sadvibes🥀

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan keadaan adik-adiknya yang sedang nyenyak tidur selepas penat menghadapi banjir. Malah turut dapat dilihat, kesemua mereka tidur beramai-ramai di situ di satu tempat yang sama.

Bukan hanya mereka sahaja malah gadis itu turut berkongsikan kemunculan seekor kucing yang turut bersama-sama tidur situ. Lebih melucukan, kucing itu dilihat tidur betul-betul di belakang salah seorang adiknya itu semasa dirakamkan.

kucing tidur

Gadis itu turut berseloroh tidak menyangka rupa-rupanya dia juga ada seorang lagi adik yang ‘berbulu’ di situ. Malah melihatkan gayanya tidur itu, kucing tersebut turut kelihatan seperti dialah yang paling penat sekali menghadapi banjir.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat selamba dari kucing ini. Dalam masa yang sama, ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu banyak membantu mengemas tanpa pengetahuan yang lain.

“Tu kalau member lepaskan toxic loji terus terbangun kang kucing tu.”

kucing

“Adik angkat terpaling penat.”

tidur

“Kejut yang berbulu tu bangun suruh buat kerja…”

komen

“Yang 3 tu adik angkat, sekor tu je adik kandung.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.