[VIDEO] Undang Sebak, Pemuda Tiba-Tiba Viral Kerana Mukanya Persis Abam Bocey

Meskipun sudah setahun lebih dijemput Ilahi, namun pemergian pelawak Abam Bocey nyata masih terkesan di hati rakyat Malaysia. Malah semasa pertandingan ‘MLM 2021’ sebelum ini, Ali Puteh serta kumpulan Boro turut sempat menyatakan rasa rindu terhadap Allahyarham yang disifatkan sebagai figura abang dan juga rakan yang sangat baik.

Serius terkesima…jumpa pelanduk dua serupa Abam Bocey

Namun baru-baru ini, viral sebuah video memaparkan seorang individu memiliki wajah persis seperti Allahyarham Abam. Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna TikTok dak_opy, tatkala bertandang ke sebuah premis makanan terletak di Melaka dan ralit memerhati salah seorang pekerjanya. Tak dinafikan, sekali pandang memang orang awam akan menyangka lelaki itu adalah ‘kembar’ Abam Bocey.

@dak_opySerius terkesima ari ni, pelanduk dua serupa, perangai suara lebih kurang sama #fyp #viral #spberiani @fadlyspberiani jgn lalu kat fadh ngn acheh lak♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Bukan setakat perangai…suara pun lebih kurang sama

Menurut Opy lagi, bukan setakat perangai pemuda itu saja yang sama dengan pelawak tersebut. Apa yang membuatkannya tersentuh adalah mimik muka serta suara lelaki tersebut pun lebih kurang sama juga dengan Allahyarham Abam Bocey. Secara keseluruhan, video berdurasi 14 saat itu telah mengumpul lebih 600 ribu jumlah tontonan setakat ini.

@dak_opyReply to @abangpencil abaikan suara gelak tu @fadlyspberiani cba dgr suara die, sbb ni td masa tengah buat content dengan @iswanishak #fyp #viral♬ original sound – Dak Opy

Ingatkan video lama Abam…serius sebijik dengan muka Allahyarham

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkesima dan sebak apabila wajah pemuda berkenaan persis dengan Abam Bocey. Selain berseloroh ingin jumpanya di Melaka selepas ini, mereka turut titipkan doa buat Allahyarham.

Leave a Reply

Your email address will not be published.