“Bunga dia cantik!”- [VIDEO] Walaupun Berbaju Kurung, Ramai Puji Aksi Silat Budak Perempuan Ini

Seni pertahankan diri ni bukan mudah untuk dikuasai kan? Perlukan latihan yang banyak untuk jadi master betul tak?

Lebih-lebih lagi silat. Dia punya jenis je dah bermacam-macam! Ada silat harimau lah, silat gayung, silat lintau dan banyak lagi lah! Ambil masa yang lama dan perlukan komitmen yang tinggi nak kuasai.

Satu lagi budaya silat ni ialah silat di majlis perkahwinan. Selalunya silat dipersembah di hadapan kedua-dua mempelai selepas majlis perarakan, dan kebiasaannya akan dilakukan oleh pesilat lelaki.

Tetapi perkongsian kali ini sangat lah unik, aksi silat buat pengantin ini telah dipersembahkan oleh pesilat perempuan!

Viral di laman TikTok semalam, sebuah video budak perempuan yang bersilat di sebuah majlis perkahwinan mendapat perhatian ramai! Bukan sahaja bakat silatnya itu yang membuat ramai terpegun, tetapi dia juga hanya memakai baju kurung je masa beraksi depan pengantin! Memang luar biasa!

Video yang dikongsikan oleh saudari Aida Sofea, berdurasi 1 minit 18 saat ini telah berjaya menarik perhatian sebanyak 1.1 juta tontonan dalam masa sehari!

Pada mulanya, budak itu terlihat malu-malu nak buka langkah. Ya lah bayangkan depan orang ramai, depan pengantin dan keluarga mempelai lagi. Siapa je tak malu kan?

Tetapi…bila dia mula je buka bunga, terserlah bakat pesilat dalam diri tu! Rata-rata netizen ramai yang memuji skill adik ni.

Kalau korang tengok posting lain dari Aida ni, rupa-rupanya budak tu bukan setakat pandai silat, berzapin pun boleh! Memang berbakat! Respect!

Sumber : Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *