(Video) Tak Perlu Pakai Minyak Wangi, Wanita Dakwa Badannya Keluar Bau Harum Semula Jadi

Kebanyakan daripada kita ingin memiliki tubuh badan yang wangi dan bersih. Namun begitu, tidak semua bertuah dan ada yang harus bergantung pada minyak wangi atau produk penjagaan kulit lain.

Walau bagaimanapun, dua wanita dari Vietnam telah mendakwa tubuh mereka mengeluarkan bau bunga semula jadi.

Dang Thi Tuoi, seorang tukang jahit mendakwa dirinya mempunyai satu ciri yang menarik, iaitu dapat mengeluarkan haruman bunga dari tubuh badannya.

Katanya, haruman bunga yang manis akan dikeluarkan dari tubuhnya apabila dia menggosok kulit. Dang dilaporkan mengetahui ciri unik ini beberapa tahun lalu selepas dia menggosok tangan dan kakinya.

“Pada siang hari, jika ingin menghidu wangian, saya akan menggosokkan tangan. Tetapi, orang di sekeliling saya masih dapat menghidu aroma tersebut pada waktu malam walaupun saya berada di kawasan yang jauh”, jelas Dang kepada Youtube Doc La Binh Tuong.

Wanita tersebut juga mengatakan bahawa beberapa bahagian badannya lebih wangi daripada yang lain. Tambahnya lagi, baunya lebih kuat pada waktu malam berbanding pada siang hari.

Berdasarkan laporan Oddity Central, semasa kitaran haid, keamatan bau akan berkurangan kepada kira-kira 10 peratus. Akan tetapi, keharuman bau yang paling kuat semasa bulan penuh atau pada hari pertama kalendar lunar.

Kisah yang luar biasa ini telah mendapat perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan lebih daripada 1.7 juta.

Dalam rakaman video tersebut, ramai yang berasa kagum dengan keunikan wanita ini. Namun begitu, satu lagi video yang dikongsikan apabila seorang lagi wanita yang mendakwa dirinya juga mempunyai ciri yang sama dengan Dang.

Sumber : Oddity Central

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published.