“Lalu pagi2 pun ser4m” – [VIDEO] Buah Pisang Asyik Kena ‘S4mbar’, Tuan Tanah Pacak ‘Orang Buni4n’ Dalam Kebun

Siapa saja tak beng4ng kalau hasil tanaman dari penat lelah kita sendiri, yang sudah lama kita tunggu untuk berbuah tiba-tiba dicvri orang lain, kan?

Walaupun har4m dari segi huk.um, namun masih ada golongan yang tak faham bahasa dan memakan hasil tanaman orang lain. Yang selalu bercucuk tanam mesti boleh relate, kan?

Baru-baru ini, tular satu video di Tiktok berkenaan sebuah kebun dalam kawasan kampung yang nampaknya didiami beberapa ‘penunggu’ berkain putih. Aih, lain macam….

Klip yang dirakam dari dalam kereta itu melihatkan kebun yang dipenuhi pokok pisang itu diletakkan beberapa orang-orang yang dipakaikan telekung berwarna putih di pelbagai posisi. Sekali tengok, dah macam perkampungan bunian pun ada.

Kawasan tersebut dikatakan bertempat di sekitar Pasir Salak, Perak. Menurut pemilik video ini, tujuan tuan tanah meletakkan orang-orang bertema mistik ini adalah untuk menakutkan orang yang mencvri pisang tanamannya.

Biasanya orang-orang digunakan oleh petani untuk men4kutkan haiwan dan mengh4lau mereka dari meros4kkan tanaman. Tapi yang ni next level, orang-orang untuk takutkan manusia terus.

“Auto patah balik kalau macam ni” – Netizen

Klip tular itu dikongsikan oleh pengguna bernama Mina dan menerima lebih 4 juta jumlah tontonan di Tiktok. Rata-rata netizen di ruangan komen turut naik bulu roma melihat reka bentuk orang-orang yang menyer4mkan tu.

Ser4m kan? Kalau Min jumpa benda ni malam-malam, mungkin Min pun patah balik kot…

Sumber: Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.