Ikan Besar Dijumpai Dalam Rumah, “Ni Orang Panggil Rezeki Datang Bergolek”

Umum sedia tahu akan keadaan banjir yang melanda di beberapa buah kawasan di semenanjung Malaysia. Namun begitu ada beberapa kawasan yang dilanda banjir nampaknya kian bertambah baik. Air mulai kering dan ramai yang sudah boleh pulang ke rumah masing-masing.

Sudah pastinya kejadian selepas banjir agak menghibakan dengan banyak harta benda musnah. Aktiviti mengemas dan membersih juga bukannya mudah. Namun begitu, salah satu video selepas banjir ini telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak dalam rakaman itu kelihatan seekor ikan besar dijumpai dalam rumah selepas air mulai surut. Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang lelaki yang menemui ikan tersebut di ruangan rumahnya. Air masih ada di lantai dan ikan besar itu masih hidup.

Berikut adalah perkongsian rakaman ikan besar dijumpai dalam rumah yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun tomatoman07 ini:

@tomatoman07 tetamu tak di undang ketika banjir shah alam…alhamdulilah….sahabat tt doakan kami sekeluarga…tq korang.#ikan #banjir2021 #rezeki_allah #dugaan ♬ nhạc nền – 💋𝙎𝐢𝗻𝐍𝗮🎀

Perkongsian rakaman penemuan ikan besar dalam rumah ini telah meraih lebih 59 ribu tontonan dan 3,800 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Alhamdulillah rezeki boleh la masak makan ramai2..rezeki selepas banjir”

Ikan besar dalam rumah 4

“Rezeki berenang ni..Datang dalam rumah pak incik”

Ikan besar dalam rumah 3

“Saya yang melompat tengok ikan tu melompat sebab terkejut”

Ikan besar dalam rumah 2

“Ni orang panggil rezeki datang bergolek”

Ikan besar dalam rumah 1

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.