“Isteri Penyayang”- Lelaki 19 Tahun Tak Menye$al Kahwin Wanita Berusia 71 Tahun Pada 4 Tahun Lalu

Jakarta: Pasangan yang pernah tular di media sosial empat tahun lalu kerana perbezaan usia masih bersama, malah bahagia sebagai suami isteri sehingga kini.

Tribunnews melaporkan Slamet Riyadi, 19, menerusi video di satu saluran YouTube mendedahkan rumah tangganya dengan Rohaya, 71 masih kekal.

Slamet yang bekerja sebagai tukang urut juga memberitahu isterinya itu sihat dan berada dalam keadaan baik.

“Nenek Rohaya baik, dia ada di rumah. Rumah tangga kami juga aman bahagia.

“Saya masih sayangkannya dan kami cintakan satu sama lain ,” katanya yang memberikan wang upah mengurut diterima kepada Rohaya.

Selain menjadi tukang urut, Slamet turut melakukan beberapa pekerjaan lain untuk menyara keluarga, antaranya membina kandang dan memotong rumput.

Katanya, dia tidak memilih kerja kerana baginya, apa yang lebih penting pendapatan diperoleh daripada sumber halal.

Menurut Slamet, dia menyenangi sifat Rohaya yang penyayang dan suka bekerja.

Katanya, isterinya itu juga pandai melayaninya, malah sering menyanyikan lagu kegemarannya ketika tidur.

Bagi Slamet, tiada faedah yang dia dapat dengan menduakan isteri.

“Daripada kita menduakan isteri lebih baik jadi bujang saja,” katanya.

Difahamkan, Slamet kini tinggal bersama Rohaya dan anak tirinya.

Sejak kisahnya tular hingga kini, banyak pujian diterima Slamet kerana kesanggupannya berumah tangga dengan wanita yang jauh lebih berusia.

Untuk rekod, pasangan ini ada mengugut untuk membvnuh diri jika tidak mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak!

Apa yang menyebabkan video itu tular adalah kisah luar biasa pasangan tersebut di mana pengantin lelaki berusia 16 tahun berkahwin dengan pengantin perempuan berusia 71 tahun!

Keluarga pengantin perempuan, Rohaya yang telah berkahwin dua kali sebelum ini dikatakan menentang perkahwinan itu kerana jurang usia 55 tahun di antara mereka berdua. Jauh tu beza!

Juga semestinya keluarga pengantin lelaki, Selamet Riyadi juga turut tidak bersetuju kerana alasan yang sama.

Namun mereka berdua mengugut untuk membunuh diri jika tidak mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak!

Disebabkan itulah keluarga pasangan berkenaan terpaksa merestui dan membenarkan perkahwinan itu dilangsungkan.

Perkahwinan itu akhirnya berlangsung di rumah Kuswoyo, ketua kejiranan tempat mereka tinggal pada 2 Julai lalu. Menurutnya, perkahwinan itu benar-benar terjadi disebabkan ugutan dari pasangan tersebut.

“Kalau tidak dinikahkan, kedua-duanya mengugut akan bunuh diri dengan meminum racun rumput kerana mereka sangat mencintai antara satu sama lain. Jika seorang mati, kedua-dua harus mati.”

Lebih membuatkan orang ramai berkata-kata kerana ternyata perkahwinan itu dibiayai oleh orang lain. Rohaya datang dari keluarga yang susah dan Selamet pula dijaga ibu bapa angkat. Selamet hanya mampu memberikan mas kahwin kepada wanita pujaan hatinya itu sebanyak 200,000 Rupiah (RM64.34).

Kahwin3

Meskipun umur lelaki yang dibenarkan berkahwin di Indonesia adalah 19 tahun, namun terdapat kelonggaran yang membenarkan banyak perkahwinan di bawah umur berlaku di negara itu.

Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhirnya!

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.