Kucing Tengok Ikan Kena Lumur Kunyit, “Muka Tak Bersalah…”

Telatah kucing memang ada kalanya mencuit hati pemilik mereka lagi-lagi kucing yang suka melakukan perkara di luar jangkaan. Sama juga macam gelagat seekor kucing ini yang mencuit hati netizen apabila seronok melihat pemiliknya melumur kunyit pada ikan untuk dimasak.

Malah gelagatnya yang tekun menonton itu turut membuatkan netizen berdekah ditambah pula dengan bebelan pemiliknya ini. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini.

@gemokk_sikucingkunyit Aku nampak hang kuning lagi sekali… Aku goreng hang.🤣🤣🤣🤣#Gemok #fyp #kucingtiktok #gemokcomel #kucinglucu #kucing #kunyit ♬ original sound – Gemokk_Official

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing ini berkongsikan gelagat kucingnya yang begitu sibuk melihatnya melumur ikan. Turut dapat dilihat, seekor ikan yang dilumurkan dengan kunyit untuk dimasak oleh wanita itu.

Dalam masa yang sama, kucing tersebut turut duduk di hadapannya sambil melihat ikan tersebut. Dia juga turut mencuri-curi menghidu ikan tersebut seperti tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku.

ikan

Pemiliknya kemudian mula membebel pada kucingnya itu yang pernah mencetuskan masalah bermain dengan serbuk kunyit sebelum ini. Malah kucing itu juga turut menganggukkan kepalanya seolah-olah faham dengan apa yang dikatakan pemiliknya itu.

Di ruangan komen, netizen juga turut sama terhibur melihat gelagat selamba dari kucing ini. Ada juga yang berseloroh mungkin juga kucing itu berpura-pura berada di situ semata-mata untuk membawa lari ikan tersebut.

“Halah comelnya dia siap bowtie tu.”

kucing

“Kena tunjuk goreng ikan tu depan dia.”

kunyit

“Dia bukan apa tu dia tengok ikan tu jadi kuning, tu dia test kat dia haritu.”

komen

“Muka tak bersalah.”

tik tok

Sumber :HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.