“Depa ni diva…”- Selamba tidur di dapur, dua ekor bulus bikin ramai terhibur

Sebut sahaja mengenai haiwan comel ini, tentu ramai yang merasa ‘geram’ dengan kenakalan yang dikongsikan oleh pemilik kucing di media sosial. Sehinggakan ada si comel mereka itu mempunyai jutaan peminat.

Video ini nampaknya tidak terkecuali juga daripada menjadi perhatian umum selepas dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok atas nama akaun, Chik Mila yang mana juga tidak sampai satu hari dimuat telah masuk fyp di TikTok.

Mana tidaknya, gelagat dua ekor bulus ini yang tidak disangka-sangka sedang syok tidur di ruangan yang tidak sepatutnya. Mungkin kerana perangai selamba si comel ini membuatkan dapur juga menjadi pilihan mereka.

IMG_20211230_142112

Kelihatan menerusi video, gelagat dua ekor bulus peliharaannya dilihat sedang syok lena. Sudahlah tidur di ruang dapur sudah menjadi satu hal, boleh pula yang seekor dialmari barang untuk masak manakala lagi seekor berada di atas dapur gas.

Video terbabit bagaimanapun mengundang ramai tercuit hati sekali gus membuatkan ada yang turut berseloroh dengan bermacam-macam komen lucu

@chikmila sabaq ja la … 😠😠😡😡😡😡🤭🤭 #kembangthecat #babythecat #anak2buluschikmila #fypdongggggggg #catlover #pet #ChikMilaPhoto ♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Ternyata video si comel ini juga membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa mereka, apa tidaknya dekat situ juga menjadi pilihan kedua-dua kucing itu untuk lena.

“Dia punya muka tak bersalah…”

Bulus

“Takde tempat lain…”

IMG_20211230_142143

“Ada alasan kak…”

Bulus

“Yang atas gas tu…”

IMG_20211230_142215

sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.