Misha Omar TerkiIan Hiburan Terpaksa Dikvrangkan Setiapkali Negara DiIanda Mvsibah

Berikutan negara dilanda bencana banjir sejak Sabtu lalu, penyanyi Misha Omar terkilan dengan pandangan pihak tertentu yang menyarankan agar aktiviti hiburan dikurangkan.

Lebih kesal, Misha berkata pendapat itu disuarakan oleh mereka yang mendapat punca pendapatan daripada dunia seni juga sedangkan ramai yang baru mula nak bernafas.

“Tidak semestinya apabila kita berhibur, kita tak fikir pasal kesusahan yang dihadapi insan lain atau langsung tidak membantu mereka. Apapun, hidup mesti diteruskan,” katanya.

Sebelum ini Misha Omar pernah memaklumkan dia membuat keputusan untuk menghentikan rawatan kesuburan bagi mendapatkan cahaya mata untuk memberi tumpuan pada konsert.

Mahu menjaga reputasi dan peminat yang selama ini menyokong kerjaya seninya, Misha berkata dia bimbang jika tidak dapat memberikan persembahan terbaik dalam keadaan hamil.

“Ikutkan rawatan tersebut dah separuh jalan pun tapi tiba-tiba dapat tahu konsert dah boleh diadakan.”

“Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti rawatan bagi beri tumpuan kepada konsert.”

“Saya tak risau pasal mengandung cuma ia melibatkan reputasi saya.”

“Kalau saya mengandung dan boleh menyanyi, tak apa la…tapi fasa hamil setiap wanita berbeza.”

“Mana tahu saya mengandung tapi tak boleh nak menyanyi,” katanya.

Dalam pada itu, Misha berkata suaminya sanggat memahami mengenai keputusannya untuk meneruskoan konsert berbanding kehamilannya.

“Suami sangat baik sekali. Dia tahun kecintaan saya pada dia, sama besar dengan kecintaan saya terhadap seni.”

“Dia tiada masalah dan menyokong saya supaya fokus satu persatu urusan. Dia tak nak saya mengandng sambil buat kerja berat,” katanya.

Misha mendirikan rumah tangga dengan Firros Ezzwan Rosly pada Mei 2014, pasangan itu dikurniakan cahaya mata Muhammad Idris Ezzwa, 5 tahun.

Misha turut mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir kini berusia 15 tahun.

Sumber: RotiKaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.