Kucing Bergaduh Tengok Diri Sendiri Dalam Cermin, “Takde Kawan Nak Gaduh…”

Kucing biasanya pasti akan bergaduh jika terserempak dengan kucing yang tidak dikenali terutamanya bagi kucing jantan. Macam gelagat seekor kucing jantan ini yang dilihat sedang bergaduh namun gerangan pihak lawannya pula yang meraih perhatian.

Semuanya gara-gara aksi kucing itu yang bergaduh dengan diri sendiri sebaik sahaja melihat mukanya di cermin. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih setengah juta tontonan setakat ini di mana netizen turut berdekah melihatnya.

@rafidahahmad17 Sapa nk bdk ni? Saya nk letak kat pajak gadai klau tkde org nak🤧#jgnfyp ♬ original sound – 🅢.🅣.🅑 𝓯𝓮𝓭𝓪_𝓐𝓱𝓶𝓪𝓭

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang berada dalam keadaan yang marah sambil membuat bunyi bising. Biasanya kucing akan berkelakuan seperti itu sekiranya mereka terserempak dengan kucing asing yang memasuki kawasan mereka.

Tetapi sebenarnya, kucing itu sedang berdiri di hadapan cermin sambil melihat wajahnya sendiri di situ. Malah tidak ada kucing lain yang berada di situ sekaligus membuatkan netizen berdekah melihat reaksi spontannya ini.

cermin

Kucing itu juga dilihat terus membuat bunyi bising sehinggalah dia terjatuh dari meja cermin itu secara tidak sengaja. Melihatkan reaksinya ini, ramai netizen yang turut berasa keliru melihat gelagat kucing ini yang bergaduh dengan diri sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat lucu dari kucing ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu tidak mempunyai kawan untuk bergaduh dan memilih untuk bergaduh dengan dirinya sendiri.

“Takde kawan nak gaduh tu yang gaduh dengan diri sendiri.”

kucing

“Dik, terima hakikat tu rupa awak ye. Tak relax awak ni.”

bergaduh

“Penat jadi diri sendiri…”

komen

“Bukan selalu nak marah diri sendiri. Hari-hari asyik marah orang je hari ni marah diri sendiri pulak.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.