Rumah dan kereta mewah Irwansyah disita, adik p4lsukan tandatangan buat pinjaman bank RM600,000

ADIK kepada pelakon popular Indonesia, Irwansyah iaitu Hafiz Fatur kini menjadi burvan polis kerana disyaki melakukan jen4yah penyel3wengan duit.

Memetik laporan Liputan 6, pelakon tersebut menjadi salah seorang m4ngsa apabila Hafiz Fatur memalsukan dokumen dan tandatangan untuk membuat pinjaman wang berjumlah 2 bilion Rupiah (RM600,000) daripada bank.

Dokumen tersebut ialah surat tanah dan kenderaan mewah milik suami Zaskia Sungkar.

“Anak guam kami terkejut apabila sebuah bank menghantar bil ke rumahnya mengatakan Irwansyah tidak membayar ansuran berkaitan pinjaman wang di bank berkenaan. Dia terkejut bagaimana boleh dibilkan walaupun tidak pernah membuat pinjaman.

“Setelah disemak, saya dapati banyak surat yang mengesyaki Hafiz memalsukan tandatangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar atas kepentingannya untuk meminjam wang daripada bank. Pinjaman itu berjumlah Rp 1 hingga Rp 2 bilion,” kata peguam mewakili Irwansyah, Muhammad Zakir Rasyidin.

Irwansyah terkejut dengan sikap adik sendiri.

Irwansyah dan isterinya terkejut, apabila mereka menerima tuntutan bayaran berjumlah yang banyak sedangkan tidak pernah membuat sebarang pinjaman.

Terkilan dengan perkara itu, Irwansyah akhirnya membuat laporan kepada pihak polis Polres Metro Jakarta Selatan pada 19 November lalu.

“Akhirnya pada November lalu, sebagai peguam, saya membuat laporan di Polis Jakarta Selatan berhubung pemalsuan surat.

“Sebab yang kami dapati adalah perjanjian kredit, surat pelepasan hak, kemudian ada surat penyata dengan tandatangan Zaskia dan Irwansyah. Tetapi Irwansyah tidak pernah berjumpa pihak bank,” katanya.

Komen wargamaya:

Kesian Nye….sedara sdri pn bule aniaye adik beradik sdri….susah la nk ckp…ukurla bju d bdan sdri klu yew pn…byk 2 rm600k…mlampau

Samada sistem pengesahan bank teruk, ataupun ada staff bank yg subahat jeeee

Tak kan lah pegawai bank tidak kena irwansyah dan isteri yg popular d Indonesia. Paling2 pun call lah atau ada org dalam bank yg subahat

Aku ingat bank Kat sini ye bangang approved loan pakai confirmation tel. yg ditulis olef scammer di borang.dan tentu scammer tu confirm dia buat loan walaupun identity palsu

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.