Dapat duit upah tanam rumput, anak terus belanja ibu bapa KFC – “Dulu baru sebut nak makan terus mak mar4h’’

Muji lebih mengutamakan kebahagiaan ibu bapa berbanding dirinya.
ZAMAN kini telah berubah tidak seperti 20-30 tahun lalu yang mana kebanyakan orang hanya menikmati makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk acara-acara atau hari istimewa.

Seorang pemuda berkongsi video menyentuh hati netizen, memaparkan dia dan ibu bapanya sedang menjamu selera di restoran terkenalk ayam goreng itu setelah menerima duit upah menanam rumput.

Video memaparkan Mujibul Talib Abdul Latif, 26, yang merakam detik manis bersama ibu bapanya sedang menjamu selera di restoran yang terletak di Stulang Laut, Johor Bahru, Johor ini, meraih lebih 5 juta tontonan menerusi aplikasi TikTok.

Bercerita kepada mStar, Mujibul Talib yang bekerja sebagai kerani perakaunan di sebuah syarikat di Pasir Gudang dan melakukan kerja sambilan mengambil upah menanam rumput karpet itu mengakui terkejvt mendapat tahu videonya tular dan meraih perhatian ramai.

Mengambil upah menanam rumput karpet sebagai kerja sampingan.

“Masa tu saya baru balik dari tanam rumput karpet. Kebetulan dapat bayaran cash, saya terus bawa mak ayah keluar belanja makan.

“Mula-mula ingat nak belanja makan dekat satu kedai makan ni tapi tutup pula. Lepas tu saya nampak KFC terus bawa mereka makan dekat restoran tu.

“Masa tengah makan terimbas pula masa saya kecil dulu, susah nak dapat makan KFC ni sebab pada zaman tu harganya dianggap mahal.

“Saya pula datang dari keluarga susah. Dulu masa kecil, pernah saya teringin nak makan KFC tapi kena marah dengan mak… lepas tu kami pergi pasar malam je beli makanan,” imbasnya.

Mujibul Talib yang mesra disapa Muji berkata, dia percaya walaupun hidangan itu sudah dianggap mampu milik seiring perubahan zaman tapi dia percaya masih ada lagi keluarga yang menganggapnya makanan mewah dan hanya menikmatinya untuk hari istimewa tertentu.

Bercerita lanjut Muji berkata dia sebenarnya tidak perlu menunggu untuk mendapat upah kerja sambilan untuk membelikan KFC untuk ibu bapanya cuma kebetulan ketika video tersebut dimuatnaik, dia baru saja dibayar upah secara tunai dan wang itu digunakan untuk membayar KFC.

Muji (belakang, dua dari kiri) merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.

Menurut anak bongsu daripada tiga adik beradik ini, segala penat lelah bekerja mencari duit terus hil4ng setiap kali dia membelanjakannya untuk ibu bapa dan keluarga.

“Saya kongsi video di TikTok tu untuk simpan momen manis dengan mak ayah sebagai kenangan. Bila-bila nanti saya boleh tengok balik video tu. Tak sangka pula boleh jadi viral.

“Baca komen-komen netizen, saya pun makin terharu. Saya tengok ramai yang doakan saya, terus rasa hari saya lebih bermakna dan bersemangat nak buat lebih lagi,” ujarnya.

Siapa sangka video berdurasi 15 saat itu mendapat sambutan sehingga ramai yang mendoakan kebaikan kepada pemuda ini.

Muji memberitahu selepas video itu menjadi tular, dia mendapati rupanya ramai yang berkongsi cerita di ruangan komen beranggapan bahawa makan KFC masih lagi dijadikan sebagai makanan yang ada nilai sentimental.

Tambah Muji yang menetap di Kota Masai bersama ibu bapanya ini, jika sudah mendirikan rumahtangga kelak, dia tetap sanggup untuk bekerja lebih keras demi membahagiakan mereka.

Kerani perakaunan ini amat mementingkan ibu bapanya dalam apa jua hal.

“Lepas kahwin nanti pun saya tak akan lupakan ibu bapa. Saya akan tetap bawa ibu bapa pergi makan macam sekarang. Saya pun anak lelaki last dalam keluarga.

“Bagi saya, mak ayah tak ada minta pun spesifik nak apa-apa tapi kita sendiri kena cari sesuatu yang boleh bahagiakan mereka sebab rezeki kita pun berkat daripada doa mak ayah juga.

“Selagi mampu, saya cuba buat yang terbaik untuk mak ayah. Selain itu, ia juga merupakan tanggungjawab saya. Susah atau senang, saya tetap kena bahagiakan mereka,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.