Lembu jantan li4r tiba-tiba ‘manja tervk’… asyik nak dibelai, berpelvk dengan tuan – “Mak ayah Boi suka kej4r orang”

Anak lembu bernama Boi begitu manja dengan pemiliknya, Awi.
MANJANYA mengalahkan seekor kucing! Begitulah yang dapat digambarkan mengenai seekor lembu menerusi satu video yang tular di media sosial.

Jinaknya seperti si bulus, malah gelagatnya berada di pangkuan seorang lelaki begitu mencuit hati.

Dalam keadaan duduk di atas jalan, lelaki berkenaan melayan lembu jantan tersebut dan mengusap usap bahagian bawah dagunya dengan penuh kasih sayang.

Lelaki berkenaan, Arshad Sharkawi Azaman berkata, ‘lembu manja’ itu sebenarnya seekor anak lembu berusia empat bulan yang dipeliharanya.

Pemuda berusia 33 tahun itu memberitahu, dia merupakan penternak lembu dan tukang sembelih haiwan tersebut sejak lebih setahun lalu.

“Saya ada 19 ekor lembu termasuk anak lembu yang manja tu bernama Boi, yang diternak di belakang rumah di Banting, Selangor. Tapi kesemua lembu ini saya jaga.

“Bagi kerja-kerja sembel1h lembu, saya menjadi pengantara bagi peniaga dan pemilik lembu-lembu lain,” katanya kepada mStar.

Sebahagian lembu yang diternak Awi.

Lebih mesra disapa Awi, katanya, anak lembu bernama Boi merupakan kacukan baka Brahma sebenarnya tidak jinak seperti yang disangkakan pada awalnya.

“Semua lembu yang saya jaga memang manja, tapi Boi ni paling manja. Tapi Boi dulu sangat liar, saya ambil masa dua bulan untuk jinakkannya.

“Mak ayah Boi sendiri sebenarnya sangat li4r, suka kej4r orang. Mak ayah Boi hanya okay dengan saya setiap kali nak beri makan.

“Boi amat berbeza. Manjanya bukan setakat hendak dibelai dan diusap, tapi nak baring dan pelvk saya dalam keadaan berbaring,” ujarnya yang berasal dari Banting, Selangor.

Awi mengakui Boi pada awalnya terlalu li4r.

Minatnya dengan haiwan ternakan itu timbul sejak kecil, malah dia turut berpengalaman bertugas di Dubai sebagai tenaga pengajar untuk kursus penyembelih4n selama setahun, melatih petugas-petugas bagi pasaran daging lembu ke negara-negara Islam termasuk Malaysia.

“Saya beli dua ekor lembu sebelum saya outstation di Dubai. Bila balik ke Malaysia pada awal 2019, salah seekor daripadanya m4ti dip4tuk ular menyebabkan saya putus asa.

“Mak ayah tegvr kalau saya terus bela, agaknya dah beran4k-pin4k. Selepas ada modal, saya beli tambah empat ekor lembu tahun lepas dan menternak sehingga sekarang,” ujarnya sambil menambah bapa, ibu dan kakak Boi masing-masing diberi nama Gondol, Nyonya dan Amoi.

Awi menyayangi lembu-lembunya seperti adik sendiri.

Bukan setakat Boi, kesemua lembunya dijaga dengan baik sebagai satu hobi dan menganggapnya seperti adik-adiknya sendiri.

Dalam pada itu, menurut Awi, dia dan isteri merancang untuk membina sebuah rumah di atas tanah milik keluarga setelah hampir 10 tahun menyewa sejak mendirikan rumah tangga.

Awi dan isteri memberi makan kepada sekumpulan lembu.

“Nak buat rumah perlukan modal. Kerja saya ni gaji bukan tinggi, tapi selagi saya boleh cari duit, saya jadikan simpanan untuk yang terbaik buat saya, isteri dan lembu-lembu.

“Bukan setakat rumah sendiri, kandang untuk lembu-lembu saya bela ni pun belum ada. Buat masa ini kesemuanya ditambat di pokok-pokok belakang rumah, berhujan dan berpanas.

“Dengan sumber pendapatan yang ada dan bantuan isteri buat bisnes online, saya berharap dapat bina kandang untuk lembu-lembu ni, dan rumah kami sendiri pada tahun ini,” katanya yang tidak menyangka videonya bersama Boi meraih lebih sejuta tontonan di aplikasi TikTok.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.